Tuesday, May 14, 2024

Creating liberating content

6 Maut Bangunan Kediaman...

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas sebahagian...

Inilah Pekerjaan Paling Mudah,...

LONDON - Jika anda seorang yang pemalas malah tidak suka kerjaya 3D iaitu...

Ramai Akauntan Diperlukan, Tingkat...

KUALA LUMPUR - Sektor awam dan sektor swasta bekerjasama untuk melahirkan lebih ramai...

Shuib Sepahtu Gian Nak...

BAHARU bersanding pada 26 Februari lalu, Shuib Sepahtu mengatakan dia sudah gian untuk...

Najib Vs Rafizi

1) Raja Andaian dan Tong Kosong

Aku membaca satu persatu kenyataan Najib Razak dan Rafizi Ramli berhubung isu Sapura Energy. Dalam mendalami isu ini pertamanya kita harus tahu bagaimana ia bermula.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Najib Razak dalam kenyataan sebelum ini menyarankan kerajaan membantu Sapura Energy atas beberapa hujah ekonomi demi kepentingan negara, rakyat dan lebih 10,000 pekerja syarikat itu.

Rafizi selepas mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR tiba-tiba memperlekehkan saranan Najib dan mendakwa Najib mahu menyelamatkan golongan elit.

Apa yang aku dapat rumuskan sepanjang perdebatan mereka berlangsung saranan Najjb bersifat menyeluruh dan menjurus kepada impak ekonomi “as a whole” .

Secara umum Najib mengariskan beberapa fakta berikut mengapa Sapura Energy perlu dibantu:

– Kerugian secara langsung kepada 10.6 juta pelabur ASB adalah sebanyak RM4 bilion.

– Kerugian secara tidak langsung kepada PNB, KWSP dan lain-lain tabung simpanan rakyat akibat hutang sebanyak RM10 bilion kepada bank-bank tempatan termasuk Maybank milik 50% PNB adalah lebih tinggi. Jika kerugian hutang RM2.5 bilion akibat Genting HK memberi impak maka ini bakal merupakan kerugian RM10 bilion.

– Hampir 10,000 pekerjaan bergaji tinggi akan hilang.

– Sekitar 4,500 vendor/pembekal akan terjejas -kebanyakannya merupakan syarikat bumiputra.

– Aset-aset berharga Sapura bakal dijual dengan harga amat murah (firesale prices) kepada orang asing.

– Malaysia akan kehilangan syarikat perkhidmatan perkhidmatan petroliam terbesar negara bagi sektor paling penting negara.

– Malaysia juga akan kehilangan sebuah syarikat MNC sebab Sapura juga banyak memenang dan mengusahakan projek di lebih 30 negara asing.

Manakala Rafizi tanpa mempedulikan setiap fakta dibentang oleh Najib terus menyerang Najib bersandarkan teori bertaraf tong kosong dan andaian sendiri.

Malah lebih menjurus kepada perspektif politik berdasarkan ayat-ayat kebencian yang digunakan sebagai satu bentuk serangan persepsi keatas mantan Perdana Menteri itu.

Pada waktu Najib menerangkan kepentingan Sapura Enegery diselamatkan demi Malaysia dan rakyatnya, Rafizi mengungkit tentang gaji diterima oleh pengarah eksekutif syarikat itu.

1) Rafizi mendakwa Sapura membayar pengarah eksekutif yang mewakili pemegang saham majoriti sebanyak RM1.1 bilion sedangkan keuntungan yang dipulangkan kepada pemegang saham sebagai dividen hanyalah RM683 juta.

Dari jumlah RM683 juta itu, sekitar 35% dividen didakwa dibayar kepada pemegang saham majoriti yang diwakili oleh pengarah eksekutif yang mengetuai Sapura.

Semua itu beliau dakwa berlaku semasa Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan maka Najib perlu bertanggungjawab.

(Jawapan Najib semua itu berlaku semasa Sapura bukan dibawah kawalan kerajaan. Ia merupakan entiti swasta dan segala keputusan adalah hak syarikat tersebut.

Hanya selepas kerajaan BN tumbang baru kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih saham Sapura.


Kesimpulannya disebabkan langkah PH kini kerajaan mempunyai obligasi membantu Sapura memandangkan kepentingannya kepada rakyat dan negara)

Rafizi cabar Najib menjawab dan selepas Najib menjawab beliau menuduh pula jawapan Najib itu sebagai angkuh.

2) Selepas gagal menjawab fakta-fakta dikemukakan Najib, Rafizi membidas jawapan Najib dengan satu lagi andaian baharu mengapa Sapura tidak wajar dibantu kerajaan.

Andaian atau barangkali ‘formula’ terbaru Rafizi adalah Sapura menpunyai kepimpinan baru dibarisi tokoh-tokoh profesional ternama negara yang sedang berusaha untuk memulihkan Sapura.

Beliau turut mendakwa masalah Sapura adalah akibat keghairahan pengurusan lama mengejar kenaikan harga saham kerana mereka mendapat laba dari kenaikan itu.

Dakwa Rafizi itu bukan masalah yang unik kerana beratus-ratus syarikat gergasi di seluruh dunia telah melalui krisis aliran tunai sebegitu sejak 50 tahun yang lepas.

(Jawapan Najib lagi banyak projek yang rugi diambil, lagi banyak kerugian ditanggung dan lagi rendah harga saham akan turun – bukan sebaliknya.

Harga saham Sapura sejak tahun 2014 tidak pernah naik. Harga saham hanya naik untuk seketika sahaja sekiranya umum menang projek.

Harga saham adalah lebih bergantung kepada untung/rugi sebuah syarikat dan pulangan dividen diberi kepada pelabur.

Najib malah memberi empat fakta sebenar masalah dihadapi Sapura;

– Kejatuhan harga minyak dunia sebanyak 80% sehingga ke paras bawah US$30 satu tong yang berlaku dari tahun 2014 hingga 2016 mengakibatkan banyak customer Sapura hentikan projek baharu.

Pada ketika kekurangan projek maka persaingan untuk menang projek adalah lebih tinggi maka margin keuntungan projek akan rendah.

– Kegagalan PNB untuk membantu Sapura mendapat kemudahan modal kerja sebanyak RM2 bilion dari bank pada tahun 2019 menyebabkan kemampuan Sapura untuk menyampaikan projek terjejas.

– Lockdown pandemik Covid dan penutupan sempadan negara telah menghalangkan dan merumitkan keupayaan Sapura untuk menyampaikan projek dan mendapat bayaran.

– Baki kemudahan modal kerja bank Sapura telah dibeku oleh bank pada Oktober 2021 – menyebabkan banyak projek tidak dapat diteruskan)

3) Selepas gagal lagi menjawab fakta-fakta dikemukakan Najib, Rafizi mencabar pula Najib berdebat secara ‘live’. Rafizi tahu peluang beliau tampak menang cerah kerana debat ‘live’ bukan perlawanan yang adil untuk Najib.

Najib perlu berhujah menggunakan fakta maka pasti mengambil masa untuk meneliti setiap angka dan data. Otak manusia bukan seperti komputer.

Rafizi pula perlu cuma berhujah menggunakan andaian dan persepsi yang merupakan ketokohan beliau sebagai bekas jaguh pidato sama seperti Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam.

Rafizi tahu beliau tidak mampu menewaskan Najib di gelanggang fakta, maka mahu menjerat Najib di gelanggangnya iaitu gelanggang persepsi.

Mynewshub-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori