• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Terima RM2.28 Bilion Dana 1MDB – Bekas Ahli Lembaga Pengarah

oleh AK-47
07/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang bekas ahli lembaga pengarah 1MDB mengesahkan sejumlah RM2.28 bilion ringgit wang dana kekayaan negara Malaysia masuk ke dalam akaun bank Najib Razak.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ismee Ismail hari ini bersetuju dengan hujah pihak pendakwaan berdasarkan pelbagai carta aliran yang didakwa menunjukkan aliran rumit wang masuk daripada 1MDB kepada perdana menteri yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB ketika itu.

Saksi pendakwaan ke-13 tersebut memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah 1MDB RM2.28 bilion terhadap ahli parlimen Pekan itu.

Semasa pemeriksaan semula oleh timbalan pendakwa raya kanan ad-hoc Gopal Sri Ram hari ini, Ismee ditunjukkan beberapa carta yang didakwa menunjukkan jejak kewangan rumit dan berbelit-belit daripada 1MDB kepada beberapa entiti sebelum masuk ke dalam akaun AmBank yang berakhir dengan nombor 694 dan 880.

Dalam prosiding sebelum ini di hadapan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah, saksi pendakwaan memberi keterangan bahawa akaun 694 dan 880 itu adalah milik Najib.

Antara carta aliran yang ditunjukkan Sri Ram kepada Ismee hari ini, terdapat satu carta yang didakwa memaparkan jejak kewangan dengan AS$700 juta dana 1MDB – yang dimaksudkan untuk projek usaha sama AS$1 bilion dengan Petrosaudi International (PSI) Abu Dhabi – dialihkan kepada Good Star Limited .

Mahkamah sebelum ini mendengar bahawa Good Star didakwa dikawal oleh ahli perniagaan Low Taek Jho, yang menurut pihak pendakwaan bertindak atas kuasa yang diberikan oleh Najib.

Sri Ram hari ini menunjukkan kepada Ismee carta aliran yang dikatakan memaparkan laluan litar lain – yang didakwa melibatkan Putera Arab Saudi Turki Abdullah antara lain – dengan kira-kira RM30 juta ditambah masuk ke dalam akaun 694 pada 24 Feb dan 14 Jun 2011.

Ismee (gambar, atas) bersetuju dengan DPP bahawa wang ini dimasukkan ke dalam akaun bank Najib.

Apabila Sri Ram menunjukkan satu lagi carta yang didakwa menunjukkan kira-kira AS$45 juta dana 1MDB berakhir ke dalam akaun 880 Najib antara 17 Okt 2014 dan 10 Dis 2014, Ismee bersetuju bahawa wang itu dimasukkan ke dalam akaun itu.

Pada akhir pelbagai carta aliran yang ditunjukkan, Ismee bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa sejumlah RM2.28 bilion dana dimasukkan ke dalam akaun Najib antara 2011 dan 2015.

Sri Ram: Setelah melihat barang bukti (jejak kewangan) ini, adakah anda ingin menyemak jawapan anda semasa dalam pemeriksaan balas (oleh pasukan pembelaan Najib) bahawa tertuduh tidak mendapat faedah peribadi (daripada aliran masuk wang)?

Ismee: Daripada carta aliran, saya dapat lihat wang 1MDB masuk ke akaun 694 milik tertuduh.

Prosiding di hadapan hakim Sequerah bersambung hari ini, dengan peguam bela Hariharan Tara Singh menyambung semula pemeriksaan balas terhadap saksi pendakwaan ke-12 Azmi Tahir, yang pernah menjadi ketua pegawai kewangan (CFO) 1MDB.

Najib dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Pasukan pembelaan tertuduh berhujah bahawa Najib tidak tahu menahu mengenai sebarang salah laku dan penyelewengan wang 1MDB didalangi oleh Low dan beberapa ahli pengurusan dana pelaburan negara itu.

-Malaysia Kini

Tags: 1MDBdana 1mdbnajib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd