Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Mahu FAM Selesaikan Isu...

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu...

Buku ‘500 Usahawan Berjaya...

KUALA LUMPUR – Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) melancarkan buku ‘500...

AMK Tak Iktiraf ‘Mesyuarat’...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) tidak mengiktiraf ‘mesyuarat’ yang dilakukan Timbalan...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak kekal seramai 38 orang daripada sembilan...

Myfundaction Perak, TLDM Agih Bubur Lambuk

LUMUT – Warga TLDM Lumut dan MyFundAction Perak di bawah Program Special Iftar For Ummah (SIFU) bekerjasama secara bergotong-royong memasak serta mengagihkan 600 pek bubur lambuk telah berjaya diedarkan di Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Aktiviti ini turut disertai oleh Leftenan Kolonel Yusoff Latif selaku Pengarah Pusat Pembangunan Kerohanian, Mejar Kamarulzaman Isa selaku Ketua Sel Masjid, Pusat Pembangunan Kerohanian, Pusat Pembangunan Kerohanian, pegawai dan staf, bersama-sama berganding bahu menjayakan agihan bubur lambuk ini.

Norazian Mat Isa, Pengarah Projek Edaran Bubur Lambuk dengan slogan “Moh Kacau Bubur Lambuk Samudera’’ berkata, ‘’600 pek bekas bubur lambuk akan diagihkan kepada jemaah Masjid An-Nur selepas solat Jumaat.

Selain program memasak bubur lambuk, dalam masa yang sama turut diadakan solat sunat tasbih untuk para muslimat bertujuan memupuk semangat Ihya’ Ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk mendapatkan keridhaan daripada Allah SWT.

Turut terlibat sama sukarelawan YOSH MyFundAction Perak yang terdiri daripada tiga orang pelajar lepasan SPM dan dua orang pelajar KPM Sri Iskandar, seorang mualaf  dan seorang pelajar daripada Seberang Perai.


Perkara yang mengejutkan penganjur apabila dapat tahu salah seorang sukarelawan datang daripada Seberang Perai dengan menaiki motosikal selama tiga jam bergerak sewal jam 5 pagi semata hanya untuk menjadi sukarelawan di dalam program ini. Subhanallah. Semangat anak muda.

Menurut Laksamana TS Shaiful Bahari Baharuddin selaku Panglima Logistik Barat Pangkalan TLDM, beliau berharap projek ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang dan dapat menjalinkan silaturahim dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

‘’Saya mewakili TLDM Lumut merakamkan terima kasih kepada MyFundAction Perak pada hari ini yang penuh barakah dan bersyukur atas usaha kebajikan yang dijalankan oleh MyFundAction Perak,” tambah beliau semasa memberi ucapan di Majlis Simbolik Penyerahan Bubur Lambuk.

Semoga Program “Moh Kacau Bubur Lambuk Samudera” dan kerjasama lain dapat dilakukan lagi di masa hadapan.

Nur Auni Bt Mohd Amir-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori