• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Wanita Dalam Gaung: Kertas Siasatan Diserah Kepada DPP

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Polis menyerahkan laporan kertas siasatan kes penemuan mayat wanita dalam gaung di Kilometer 14 Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah di sini, kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kertas siasatan tersebut disiapkan baru-baru ini dan polis menunggu arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan.

“Kertas siasatan sudah selesai. Kami telah hantar baru-baru ini, hanya tunggu arahan (Timbalan Pendakwa Raya),” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nanda berkata, tempoh reman tiga suspek bersaudara yang ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut yang berakhir semalam dilanjutkan.

“Tempoh reman suspek utama lelaki berusia 41 tahun dan seorang wanita berusia 18 tahun disambung sehingga 16 April ini manakala seorang lagi suspek lelaki berusia 44 tahun direman sehingga esok (13 April),” katanya.

Mereka juga direman susulan penemuan satu tengkorak dan cebisan tulang dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud di sini, pada 7 April lalu.

Pada 20 Mac lalu, media melaporkan seorang lelaki berusia 50-an yang sedang berjoging dikejutkan dengan penemuan mayat dipercayai wanita dalam gaung di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah di sini.

Tiga hari selepas itu, tiga suspek direman bagi membantu siasatan kes, namun tempoh reman mereka dilanjutkan sehingga semalam.

Ketiga-tiga suspek yang mempunyai talian persaudaraan itu direman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

-Utusan Online

Tags: DPPKertas SiasatanMayat Wanita Dalam Gaung
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd