• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Luluskan Segera Permohonan Pekerja Asing – MPN

oleh AK-47
14/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Putrajaya : Majlis Pemulihan Negara (MPN) mahu proses kelulusan bagi permohonan mendapatkan pekerja asing disegerakan bagi menampung keperluan mendesak terhadap tenaga kerja berkenaan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia boleh dilakukan dengan mengurangkan kerenah birokrasi serta mempermudah dan menambahbaik proses kelulusan terhadap permohonan daripada industri.

Beliau berkata, mesyuarat MPN hari ini dimaklumkan hanya 163 daripada 4,561 permohonan kuota pekerja asing sudah diproses sehingga kini biarpun Kerajaan pada 15 Februari lalu memberikan kebenaran permohonan pengambilan pekerja asing bagi semua sektor.

Katanya, hampir semua sektor ekonomi negara terjejas akibat Covid-19 manakala permohonan mendapatkan pekerja asing itu kebanyakannya diterima daripada sektor perkilangan dan peladangan.

“Bila kita bincang mengenai soal pekerja asing ini, ia lebih mendesak lagi. Walaupun ekonomi negara kita, kita sudah maklum mesti dibuka sepenuhnya, tidak ada halangan tetapi antara cabaran besar ialah mereka tidak mempunyai pekerja yang mencukupi untuk memastikan segala kerja dapat dijalankan dengan lancar.

“Seperti disebutkan oleh Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi tadi, waktu penularan Covid-19 tiada pekerja asing masuk membantu menurunkan buah kelapa sawit, ia rugi RM10 bilion.

“Waktu sekarang ini harga kelapa sawit cukup tinggi dan kalau masih dilewatkan dengan tidak ada pekerja asing maka menambah besar lagi kerugian kepada negara kita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat keempat MPN, di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, MPN berpandangan semua permohonan mesti dipercepatkan selain 50 peratus daripada permohonan mendapatkan pekerja asing itu diluluskan terlebih dahulu bagi memastikan industri tidak berada dalam keadaan terdesak manakala bakinya boleh diperhalusi dan diluluskan kemudian.

Beliau berkata, pihaknya berharap supaya sebahagian besar daripada proses permohonan itu dapat diselesaikan menjelang akhir tahun ini.

Katanya, sebagai langkah jangka pendek, MPN mencadangkan supaya kelulusan bersyarat boleh diberikan kepada permohonan yang sedang diproses untuk menyegerakan bekalan tenaga kerja asing kepada sektor yang terjejas.

“Dalam jangka masa panjang, majlis berpandangan isu struktural kekurangan tenaga kerja dan kebergantungan kepada tenaga kerja asing perlu ditangani secara menyeluruh,” katanya.

-Berita Harian

Tags: MPNpekerja asingPermohonan Pekerja Asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

55 Pekerja Asing Buruh Paksa Diselamatkan

08/05/2025
0

BATU GAJAH – Tidak menerima gaji sehingga lima bulan merupakan antara nasib malang yang dialami oleh 55 pekerja warga asing...

19 Pekerja Asing Ditahan Selepas Polis, JAS Serbu Kilang Sisa Elektronik Haram Bernilai Lebih RM21 Juta

19 Pekerja Asing Ditahan Selepas Polis, JAS Serbu Kilang Sisa Elektronik Haram Bernilai Lebih RM21 Juta

08/01/2025
0

SHAH ALAM: Kegiatan sebuah kilang kitar semula memproses pelbagai sisa elektronik dan bahan berjadual secara haram, dibongkar dalam serbuan pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd