• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LTAT Benarkan Pencarum Keluarkan Wang Untuk Haji, Pendidikan

oleh Mohd Arshad
14/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini boleh mengeluarkan caruman bagi tujuan mengerjakan ibadah haji dan melanjutkan pengajian di universiti awam tempatan mulai esok (15 April).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagi pencarum yang ingin membuat pengeluaran haji, mereka perlu mengemukakan surat pengesahan tawaran mengerjakan haji daripada Lembaga Tabung Haji dan telah mencarum sekurang-kurangnya 15 tahun dengan LTAT serta jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000.

“Pengeluaran untuk tujuan pendidikan pula, pencarum yang mengikuti dan melanjutkan pengajian peringkat Diploma, Ijazah, Ijazah Sarjana atau Doktor Falsafah di universiti awam tempatan boleh mengeluarkan jumlah maksimum RM3,200 bagi pembayaran yuran pendaftaran pengajian untuk semester pertama.

“Kedua-dua kemudahan ini hanya dibenarkan sekali sahaja sepanjang perkhidmatan,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri di Kementerian Pertahanan di sini pada Khamis.

Selain itu, beliau berkata, kementerian turut bersetuju untuk menaikkan kadar Elaun Persinggahan Pelabuhan Luar Negara kepada anak kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari RM20 kepada RM50 sehari.

Sementara itu, Hishammuddin memaklumkan, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mengesahkan inisiatif terbaharu Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR) yang diberikan kepada penjawat awam akan turut dinikmati anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Beliau berkata, dengan kemudahan itu, anggota ATM yang berumur 45 tahun yang akan menamatkan perkhidmatan bakal menikmati FGCR yang dinaikkan daripada maksimum 150 hari kepada 160 hari.

“Anggota terlibat juga dibenarkan menikmati bayaran pendahuluan yang bersamaan dengan 80 hari cuti tanpa perlu menunggu sehingga benar-benar tamat perkhidmatan,” katanya.

Menurut Hishammuddin, beliau juga mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Veteran agar mempercepatkan pengagihan Bantuan Khas Kewangan (BKK) berjumlah RM350 kepada veteran ATM yang belum menerimanya.

“Ini kerana terdapat ramai veteran ATM yang memberi komen di laman sosial mengadu mereka belum menerima bantuan BKK seperti yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 tahun lepas,” katanya.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 pada tahun lepas mengumumkan seramai satu juta pesara kerajaan akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350.
Terdahulu pada majlis itu, Kementerian Pertahanan menerima sumbangan wang tunai dan barangan berjumlah RM1,881,180 daripada 77 penyumbang.

Sebanyak 15,000 beg hari raya akan diagihkan kepada anggota ATM yang bertugas di perbatasan di dalam dan luar negara di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu termasuk di Mindanao, Selatan Filipina di bawah International Monitoring Team.

Turut hadir, Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan.

-Sinar Harian

Tags: HajiLTATPencarumPendidikan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang paling penting dalam menentukan hala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd