• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lepaskan Tembakan, Lori Bawa Arak Seludup Cuba Lari

oleh AK-47
22/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI: Beberapa das tembakan terpaksa dilepaskan pegawai Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) ke arah sebuah lori membawa minuman keras tanpa cukai yang enggan berhenti selepas merempuh kereta peronda polis (MPV) di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dalam kejadian jam 1.12 petang itu lori berkenaan dikejar jauh 20 kilometer bermula dari Jalan Danga Bay sebelum berjaya ditahan di susur Tol Lima Kedai di sini sejam kemudian.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan bantuan dari pegawai kastam terbabit untuk menahan sebuah lori yang disyaki membawa muatan tidak bercukai, dalam kejadian jam 1.12 petang itu.

Katanya, tiga MPV diarah ke lokasi dan pemandu lori berusia 40-an itu berjaya ditahan di Jalan Tuas Lima Kedai, di sini.

“Sebelum berjaya ditahan, lori berkenaan melanggar sebuah MPV polis sehingga mengalami kerosakan pada bahagian belakang, tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Pemandu lori ditahan dan lori dengan muatan minuman keras itu dirampas.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempungai dua rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Suspek direman 10 hari bermula hari ini hingga 1 Mei depan untuk tindakan lanjut, “katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan JKDM dalam memastikan saki-baki ahli sindiket penyeludupan termasuk beberapa kumpulan tonto dibenteras.

Katanya, mereka ini telah mengancam keselamatan penguat kuasa dan perkara ini dianggap mencabar pihak berkuasa dalam melaksanakan tugas.

“Polis menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh membantu siasatan ini agar menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Fakhira Mat Radzi ditalian 017-2123370.

“Siasatan dijalankan mengikut sekysen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967, seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan seksyen 39D Akta Senjata 1960 kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajibannya,”katanya.

Sebelum itu, tular video berdurasi 1 minit 22 saat itu melihatkan kenderaan kastam pada mulanya telah membunyikan siren bagi meminta lori berkenaan untuk berhenti.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba lori itu berhenti secara mengejut di tengah jalan sebelum cuba mengundur dan melanggar kenderaan pihak berkuasa.

Video berkenaan turut menyaksikan anggota JDKM kemudian telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah tayar lori berkenaan.

Bagaimanapun, lori itu terus melarikan diri dan memandu secara melulu.

BHonline-

Tags: Arak Seludupdas tembakanJKDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Setengah Jam Kejar Lori Seludup Rokok Dikawal 2 Kereta Tonto, Polis Terpaksa Lepas Tembakan

Setengah Jam Kejar Lori Seludup Rokok Dikawal 2 Kereta Tonto, Polis Terpaksa Lepas Tembakan

16/07/2025
0

TUMPAT: Pasukan Polis Marin (PPM) menumpaskan penyeludupan rokok putih dianggar bernilai RM2.3 juta termasuk cukai menggunakan sebuah lori tiga tan...

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

JKDM Selangor Patah Empat Cubaan Seludup Keluar Dadah Bernilai RM2.61 Juta

14/06/2025
0

SHAH ALAM: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor mematahkan empat cubaan menyeludup keluar dua jenis dadah dianggarkan seberat 22,348 gram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd