• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 4 Juta Kenderaan Dijangka Masuk Ke Perak Sempena Aidilfitri

oleh Mohd Arshad
26/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Kerajaan negeri menjangkakan lebih 4 juta kenderaan akan memasuki Perak melalui Lebuh Raya Utara-Selatan menuju utara menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, limpahan kenderaan itu berlaku khususnya pada waktu puncak iaitu pada Sabtu dan Ahad ini di mana kira-kira 2 juta kenderaan masuk sehari.

Katanya, pengguna lebuh raya disaran mematuhi cadangan waktu perjalanan (TTA) bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan semasa pulang beraya.

“Kita berharap, pengguna jalan raya mengambil berat aspek keselamatan semasa memandu selain sentiasa dalam keadaan tenang, tidak gopoh dan sabar.

“Dua tahun tidak pulang beraya, pasti ada satu perasaan teruja untuk balik ke kampung di mana ia juga mungkin akan menyebabkan mereka terlupa untuk patuh kepada peraturan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 oleh Majlis Keselamatan Jalan Raya Negeri Perak (MKJR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak di Plaza Tol Ipoh (U), Jelapang arah selatan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Deputi Superintenden Roslan Mohamed@Ab. Aziz.

Beliau memberitahu, semua kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan di lebuh raya juga dihentikan bermula Jumaat ini sehingga 9 Mei depan bagi memastikan kelancaran trafik pada musim perayaan.

“Ini bermakna tidak akan ada kerja-kerja penyelenggaraan di Lebuh Raya Utara-Selatan bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kempen yang dilancarkan, beliau berkata, JPJ akan menjalankan operasi bersepadu bermula 29 April hingga 8 Mei depan melibatkan kolaborasi beberapa agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan syarikat Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS).

Katanya, pelaksanaan operasi pada kali ini membabitkan empat teras utama iaitu pendidikan dan advokasi, penguatkuasaan, pencegahan dan pemantauan serta penilaian.

“Program ini merupakan usaha berterusan dalam mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: kenderaaanLebuh Raya Utara-Selatansambutan aidilfitri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Sesak Di Lebuh Raya Utara Selatan, Karak

Trafik Sesak Di Lebuh Raya Utara Selatan, Karak

23/01/2023
0

PETALING JAYA – Aliran trafik menuju Pantai Timur dilaporkan sesak dan perlahan ketika ini susulan orang ramai masih mengambil peluang...

Tiada ‘Lockdown’ Pada Aidilfitri – PM

11/02/2022
0

TANGKAK: Kerajaan sekali lagi memberi jaminan untuk tidak melaksanakan sebarang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau sekatan rentas daerah serta negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd