• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Langkawi Sambut Penerbangan Antarabangsa Pertama

oleh Mohd Arshad
01/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI: Pesawat syarikat tambang murah Singapura, Scoot menjadi penerbangan pertama mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, sempena pembukaan sempadan negara secara rasmi, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketibaan pesawat TR476 jam 5.20 petang tadi disambut pancuran air dari kiri dan kanan yang disembur jentera Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS), manakala penumpang disambut paluan gendang.

Pesawat itu membawa 75 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Changi di Singapura jam 4.21 petang.

Turut hadir menyambut penerbangan itu Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Mohd Firdaus Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib dan Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa Tourism Malaysia, P Manoharan.

Sementara itu, pelancong warga Singapura, Yoga Naidu, 46, berkata dia bersama tujuh ahli keluarga mengambil peluang bercuti di Langkawi selepas pintu sempadan Malaysia dibuka.

“Dua tahun kami tidak ke mana-mana kerana pandemik COVID-19, jadi hari ini rasa sangat teruja dapat melancong ke Langkawi untuk hilangkan tekanan.

“Kami merancang bercuti di pulau ini selama empat hari dan mahu membawa anak ke pantai untuk mandi serta melawat lokasi pelancongan popular,” katanya ketika ditemui.

Pelancong dari Perth, Australia, Michael Fay, 72, pula teruja dapat menjejakkan kaki semula ke Langkawi yang pernah menjadi lokasi dia dan isteri, Mary Fay, 68, berbulan madu pada 1978.

“Kami merancang bercuti di Langkawi selama empat hari sebelum ke Kuala Lumpur untuk berjumpa rakan lama.

“Sambutan diberikan kepada pelancong hari ini memang luar biasa dan mengejutkan kami,” katanya yang kelihatan ceria sebaik tiba di LTAL.

Sementara itu, Mohd Firdaus berkata, susulan pembukaan sempadan negara, seramai 2.5 juta pelancong disasarkan mengunjungi Langkawi pada tahun ini.

“Angka itu mengatasi sasaran awal dibuat sebelum ini iaitu sekitar 2.2 juta bagi ketibaan pelancong domestik dan antarabangsa,” katanya.

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan sempadan negara dibuka semula pada 1 April selari dengan perancangan negara memasuki fasa peralihan ke endemik.

BHonline-

Tags: LangkawiLTALpenerbangan antarabangsa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AS Kenakan Sekatan Baharu Terhadap Rusia

Next Post

Kadar Zakat Fitrah Perlis Kekal RM7

Related Posts

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

19/01/2025
0

Langkawi : Permukiman Menteri Luar Asean (AMM) yang diadakan di Langkawi, Kedah melabuhkan tirai dengan jayanya hari ini, sekali gus...

Kenaikan Tambang Feri Ke Langkawi Bagi Warga Malaysia Dibatalkan

Kenaikan Tambang Feri Ke Langkawi Bagi Warga Malaysia Dibatalkan

15/12/2024
0

ALOR SETAR - Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan...

Next Post

Kadar Zakat Fitrah Perlis Kekal RM7

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd