• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNHEP Akan Runding Harga Tiket Bas Dengan MOT

oleh Mohd Arshad
15/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dalam masa terdekat, berhubung isu kenaikan harga tiket bas sempena musim perayaan Aidilfitri.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata rundingan itu bagi membincangkan peranan KPDNHEP yang boleh dijalankan berkaitan isu berkenaan.

Beliau berkata, meskipun KPDNHEP adalah pihak yang ‘menjaga’ harga tetapi isu kenaikan harga tiket bas bersangkutan dengan kementerian dan agensi lain.

“Harga tiket bas ini memang kami di KPDNHEP menjaga tetapi harga ini pelbagai…dikawalselia mana-mana agensi dan kementerian lain.

“Kalau bas ini kebiasannya…Kementerian Pengangkutan biasanya bersama. Tetapi penguatkuasaan kita boleh membantu dan lazimnya, lebih elok Kementerian Pengangkutan membuat penjelasan.

“Kita memanglah akan berunding segera kerana hari raya akan tiba,” katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan ulangtahun Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke-20 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri, Datuk Rosol Wahid; Ketua Setiausaha KPDNHEP, Azman Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz.

Semalam BH melaporkan, kadar tambang bas ekspres akan dinaikkan hampir 10 peratus kepada 10.2 sen bagi setiap kilometer bermula hujung bulan ini, menjelang sambutan Aidilfitri.

Ia berdasarkan satu pekeliling dikeluarkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bertarikh 21 Mac lalu, yang memaklumkan kenaikan kadar tambang bas ekspres itu berkuatkuasa sepanjang tempoh sah laku Lesen Perubahan Sementara (LPS).

Selain harga tiket bas, harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak turut didakwa naik sehingga 500 peratus.

Isu berkenaan sekali gus mengundang rungutan rakyat yang masih dibebani dengan kenaikan harga pelbagai barang keperluan asas harian lain termasuk ayam, telur, ikan, tepung gandum dan roti.

Mengulas harga tiket penerbangan mahal, Nanta Linggi berkata beliau difahamkan Kementerian Pengangkutan bersama agensi berkaitan sedang memikirkan sesuatu.

Bagi pihaknya, beliau berkata KPDNHEP belum terbabit dengan hal itu lagi.

-Berita Harian

Tags: Harga Tiket BasKPDNHEPMOTrunding
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

50% Hasil Bidaan Nombor Plat Khas Kembali Pada MOT – Loke

50% Hasil Bidaan Nombor Plat Khas Kembali Pada MOT – Loke

16/11/2023
0

PARLIMEN | Sebanyak 50 peratus daripada hasil kutipan keseluruhan bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dikembalikan...

MOT Sedia Semak Hukuman Denda Kesalahan Memandu Bawah Umur

MOT Sedia Semak Hukuman Denda Kesalahan Memandu Bawah Umur

15/11/2023
0

PUTRAJAYA : Kementerian Pengangkutan (MOT) bersedia untuk menyemak semula hukuman denda bagi kesalahan memandu bawah umur kerana ketika ini, ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd