• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Mingguan HFMD Di Selangor Lebih Paras Amaran

oleh AK-47
30/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Jumlah kes mingguan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang direkodkan di Selangor kini sudah melebihi paras amaran apabila penyakit yang banyak menjangkiti kanak-kanak bawah tujuh tahun itu merekodkan 5,346 kes sehingga Rabu lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) jumlah terbaharu itu telah dinotifikasi sebagai kes mingguan yang melebihi paras amaran.

“Selain itu, terdapat 112 kluster HFMD dilaporkan melibatkan 547 kes di seluruh negeri ini. Sebanyak 95 peratus daripadanya melibatkan kluster di taska, tadika dan pusat jagaan harian namun tiada kematian dilaporkan.

“Minggu lalu, sebanyak 4,383 kes HFMD dilaporkan namun melebihi kes yang dilaporkan dalam tempoh sama pada tahun lalu,” katanya.

Jelas Sha’ari, pihaknya meminta orang ramai terutama pengusaha dan penjaga kanak-kanak supaya mengambil langkah berwaspada bagi mengekang penyakit itu.

“Mereka perlu sentiasa memastikan kebersihan premis terutama lantai, bilik air dan peralatan yang digunakan kanak-kanak.

“Selain itu, mereka perlu membuat saringan di pintu masuk, mengamalkan kebersihan diri dan memastikan lampin pakai buang dibuang dalam tong bertutup,” katanya.

Tambah beliau, ibu bapa kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda jangkitan HFMD dinasihatkan tidak membawa mereka ke tempat awam dan sentiasa membersihkan alat permainan.

Penyakit HFMD berpunca enterovirus dengan majoriti kes oleh Coxsackievirus A16 (CA16) dan Enterovirus 71 (EV71) yang merebak melalui kontak iaitu permukaan atau peralatan tercemar dengan air liur, cecair lepuh (blister) atau najis pesakit.

Kebiasaan jangkitan adalah ringan dengan gejala demam diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki dan mulut. Hampir keseluruhan pesakit pulih tanpa rawatan dalam tempoh tujuh ke 10 hari.

-Utusan Online

Tags: HFMDKes Mingguan HFMDparas amaranselangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd