• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerani Boleh Mohon Tangguh Hukuman, DAP Sedia Bantuan Guaman

oleh Mohd Arshad
13/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Seorang kerani yang dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan didenda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja basikal lajak lima tahun lalu, boleh memohon penangguhan hukuman sekiranya kebenaran merayu dibenarkan Mahkamah Rayuan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusi Biro Undang-undang Kebangsaan DAP, Ramkarpal Singh, berkata wanita terbabit, Sam Ke Ting, 27, perlu memfailkan permohonan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kepada Mahkamah Rayuan dengan segera.

“Sama ada hakim Mahkamah Tinggi melakukan sebarang kesilapan yang mewajarkan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan masih perlu dilihat selepas kajian teliti berhubung alasan penghakimannya tetapi saya berpendapat bahawa Ke Ting harus memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu terhadap keputusan terbabit kepada Mahkamah Rayuan dengan segera.

“Ini kerana dia sudah dibebaskan dua kali sebelum ini oleh Majistret yang menunjukkan bahawa terdapat keraguan sama ada dia melakukan kesalahan seperti yang didakwa.

“Jadi, saya berpendapat bahawa Ke Ting boleh memohon penangguhan pelaksanaan hukumannya sekiranya kebenaran dibenarkan oleh Mahkamah Rayuan dan dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu rayuannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini memerintahkan Ke Ting dipenjara enam tahun mulai hari ini dan didenda RM6,000 atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja basikal lajak, kira-kira lima tahun lalu.

Hakim, Datuk Abu Bakar Katar dalam keputusannya terhadap rayuan kes itu, turut memerintahkan responden menjalani hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun berkuat kuasa selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Ia sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober lalu, yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan responden daripada pertuduhan berkenaan.

Ramkarpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Biro Undang-undang Kebangsaan DAP bersedia untuk memberikan bantuan guaman kepada Ke Ting dan pasukan peguamnya dalam memfailkan dan mendengar permohonan terbabit untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Rayuan.

“Majistret membebaskan Ke Ting dua kali di mahkamah, pertama pada akhir kes pendakwaan dan sekali lagi pada akhir kes pembelaan.

“Saya juga percaya bahawa Majistret membuat pelbagai penemuan fakta yang mengakibatkan pembebasan Ke Ting yang lazimnya tidak diganggu dalam rayuan melainkan didapati sebaliknya,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Bantuan GuamanDAPkerani
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

Bekas Menteri Wilayah Kesal Dakwaan Hannah Yeoh – Kuala Lumpur Zaman BN Ibarat “Neraka”

27/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan sekitar tahun 80-an, Tan Sri Shahrir Ab Samad membidas kenyataan Hannah Yeoh yang...

Kita Lawan DAP Bukan Sebab Cina, Tapi Sebab Kebebalan DAP – Akmal Saleh

Kita Lawan DAP Bukan Sebab Cina, Tapi Sebab Kebebalan DAP – Akmal Saleh

26/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengemukakan soalan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd