• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Cadang Undang-Undang Larang Remaja Hisap Rokok Elektronik

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bercadang mewujudkan undang-undang melarang remaja dan kanak-kanak yang berusia 17 tahun dan ke bawah di negeri itu menghisap rokok elektronik (vape).

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin, berkata pelaksanaan larangan itu bakal tertakluk khususnya kepada mereka yang lahir pada 1 Jan 2005 dan ke bawah.

Beliau bagaimanapun, berkata perkara berkenaan masih di peringkat cadangan dan kerajaan negeri akan menyiap dan mengemukakan satu kertas kerja kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dibawa ke persidangan Parlimen akan datang.

“Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) ada membentangkan satu kertas kerja mengenai kesan menghisap rokok dan penggunaan rokok elektronik.

“Terdapat segelintir masyarakat beranggapan rokok elektronik tidak bahaya dan kesan sampingannya lebih rendah berbanding rokok biasa, tetapi hakikatnya kandungan nikotin vape lebih berbahaya,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Izani berkata kerajaan negeri amat bimbang dengan peningkatan penggunaan rokok elektronik yang semakin berleluasa di negeri itu khususnya dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan golongan wanita.

“Kita mendapati ada yang baru berusia 10 tahun, telah mula terjebak dengan pengunaan rokok elektronik malah dalam kalangan wanita juga semakin hari semakin tinggi. Oleh itu, saya seru ibu bapa supaya terus pantau anak mereka supaya tidak hisap vape ini.

“Hal ini kerana di Kelantan, kita tidak mengeluarkan lesen untuk perniagaan rokok elektronik dan tidak mempunyai kuasa untuk menghalang orang menghisapnya kerana yang ada di pasaran sekarang mereka berniaga tanpa lesen selain menjual secara dalam talian,” katanya.

Bernama-

Tags: KelantanKKMremajavape
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk...

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd