• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawalan Sempadan Diteruskan Walaupun Op Benteng Tamat Jun Ini

oleh AK-47
06/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penugasan kawalan keselamatan sempadan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diteruskan seperti biasa walaupun Operasi Benteng (Op Benteng) bakal ditamatkan Jun depan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, penugasan PDRM tetap sama terutamanya Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai tonggak utama dalam menjalankan kawalan keselamatan sempadan.

Beliau berkata, sebelum adanya Op Benteng, penugasan itu memang dilaksanakan dan apabila Op Benteng ditubuhkan, PDRM banyak bekerjasama dengan pelbagai agensi keselamatan lain.

“Fokus utama kami adalah untuk kawal keselamatan sempadan dan kami kekalkan, PDRM ada buat penambahan (unit) seperti Unit Berkuda dan dron serta rondaan (melalui Pasukan Gerakan Udara – PGU) di udara dipertingkatkan, termasuk Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“PGA juga mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan sempena persiapan Hari Raya Aidilfitri,” katanya kepada Bernama pada Rabu.

Hazani berkata, PDRM masih bekerjasama dengan agensi keselamatan lain cuma ia bukan atas nama Op Benteng tetapi operasi bersepadu misalnya dengan Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Katanya, operasi bersepadu tetap diteruskan selain operasi khas melalui perisikan khas oleh polis, tentera atau agensi lain.

Mengulas mengenai kawalan keselamatan sempadan negara pada masa kini, Hazani berkata, situasi semasa keselamatan di sempadan negara ketika ini terkawal.

Pada Januari lepas, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan pengoperasian Op Benteng di bawah Pasukan Petugas Kebangsaan (NTF) akan ditamatkan pada Jun ini.

Beliau dilaporkan berkata, segala pelaksanaan dan perancangan baharu berhubung operasi berkenaan akan kembali diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan seterusnya.

-Sinar Harian

Tags: Diteruskankawalan sempadanop benteng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Kaji Sistem NBCS, Perkasa Kawalan Sempadan Guna AI

KDN Kaji Sistem NBCS, Perkasa Kawalan Sempadan Guna AI

15/07/2024
2

KUALA LUMPUR : Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang melaksanakan kajian kebolehlaksanaan pembangunan Sistem Kawalan Sempadan Negara (NBCS) bagi memperkasa penggunaan...

Skuter Elektrik Akan Digunakan Dalam Rondaan Polis Di KLIA

Polis Kelantan Perketat Kawalan Elak Suspek Bolos Ke Thailand

15/04/2024
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan memperketatkan kawalan di sempadan bagi memastikan suspek kes tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd