• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Tempatkan Pegawai, Anggota Risik Dalam Bas Ekspres

oleh Mohd Arshad
30/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menempatkan pegawai dan anggota risiknya di dalam bas ekspres bagi tempoh musim perayaan Aidilfitri ini untuk memastikan pemandu membawa kenderaan dan penumpang dengan selamat.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia Datuk Lokman Jamaan berkata pihaknya akan menempatkan pegawai dan anggota secara rawak di setiap pengangkutan awam darat.

Beliau berkata, ini adalah untuk memastikan pemandu bas memandu mengikut arahan jalan raya yang ditetapkan dan tidak memandu secara melulu.

“Pemandu bas ekspres ini hanya akan mengetahui pegawai dan anggota risik JPJ (berada di dalam bas) apabila mereka (pemandu) sampai ke destinasi.

“Pegawai dan anggota JPJ yang ditugaskan akan memperkenalkan diri kepada pemandu seterusnya mengeluarkan saman kepada pemandu yang melanggar arahan jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan, di sini, malam tadi.

Justeru, Lokman menasihatkan kepada pemandu bas ekspres supaya mematuhi arahan jalan raya dan mengelakkan daripada diperiksa seterusnya ditahan.

Mengulas mengenai pemeriksaan bas ekspres itu, Lokman berkata ia adalah untuk memberi fokus kepada aspek teknikal kenderaan seperti penggunaan tayar mengikut standard piawaian ditetapkan serta pemeriksaan sistem brek, lampu dan reflector yang perlu berfungsi dengan baik.

“Dalam tempoh pemeriksaan berkenaan, sebanyak 217 bas diperiksa dan 11 daripadanya diambil tindakan notis larangan penggunaan bas.

“Aktiviti penguatkuasaan ke atas bas ekspres ini bertujuan memastikan bas ekspres berada dalam keadaan road worthiness iaitu selamat beroperasi,” katanya.

Selain itu, Lokman mengingatkan kepada pengguna jalan raya supaya tidak melakukan lima kesalahan iaitu tidak mematuhi lampu isyarat, tidak mematuhi had laju, mengguna telefon bimbit semasa memandu, memotong barisan dan menggunakan lorong kecemasan, yang merupakan kesalahan tidak dikompaun serta dikenakan tindakan mahkamah.

-Berita Harian

Tags: Anggota Risikbas ekspresJPJpegawai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Pegawai Miliki Banglo RM3 Juta: Pejabat MB Selangor Sifatkan Tuduhan Berniat Jahat, Bermotif Politik

Dakwaan Pegawai Miliki Banglo RM3 Juta: Pejabat MB Selangor Sifatkan Tuduhan Berniat Jahat, Bermotif Politik

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Pejabat Menteri Besar Selangor menyifatkan dakwaan ke atas seorang pegawai Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memiliki...

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

JPJ Kutip RM101.9 Juta Bayaran Saman ‘Flat Rate’

24/08/2025
0

MACHANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan kutipan lebih RM101.9 juta melalui inisiatif Kadar Kompaun Khas Kadar Rata (Flat Rate) yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd