• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Laksana Sekatan Baharu Ke Atas Korea Utara

oleh Mohd Arshad
01/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO: Kerajaan Jepun hari ini meluluskan sekatan baharu terhadap Korea Utara berhubung ujian tembakan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ia berikutan gesaan Washington supaya hukuman antarabangsa yang lebih keras dilaksanakan terhadap negara bersenjata nuklear itu.

Jepun sudahpun mengharamkan perdagangan dan kemasukan kapal sebagai sebahagian daripada sekatan bersifat unilateral terhadap Pyongyang.

Namun, hari ini Jepun akan menetapkan empat kumpulan dan sembilan individu yang terbabit dalam pembangunan nuklear dan peluru berpandu.

Jurucakap tertinggi kerajaan, Hirokazu Matsuno, berkata semua entiti dan individu terbabit akan tertakluk kepada pembekuan aset.

Tindakan Jepun itu dibuat selepas Washington menggesa satu resolusi untuk mengemaskini dan mengukuhkan rejim sekatan terhadap Pyongyang di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lalu susulan pelancaran ICBM pertama rejim berkenaan sejak 2017.

Menurut Korea Utara, pelancaran itu adalah ujian kejayaan peluru berpandu Hwasong-17, iaitu ICBM jarak jauh yang menurut penganalisis ia mungkin mampu membawa beberapa kepala peledak, di mana ia pertama kali diperkenalkan pada perarakan tentera pada 2020.

Namun, Kementerian Pertahanan Korea Selatan memberitahu AFP bahawa Seoul dan Washington sudah membuat kesimpulan bahawa pelancaran itu sebenarnya adalah Hwasong-15, iaitu sebuah ICBM yang diuji Pyongyang pada 2017.

Namun, pakar mengatakan pelancaran itu menunjukkan kemajuan yang ketara.

Ia juga membimbangkan Jepun, terutamanya apabila peluru berpandu itu mendarat di dalam zon ekonomi eksklusifnya.

BHonline-

Tags: ICBMjepunKorea Utarasekatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Antara Sapura Energy Rafizi dan Pandora Papers Anwar

Next Post

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Enam Negeri Petang Ini

Related Posts

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

18/02/2025
0

OSAKA: Seorang cikgu sambilan dari Malaysia ditahan kerana mencuri kad kredit dan wang tunai berjumlah puluhan ribu yen ketika berlangsung...

Next Post

Hujan Lebat, Ribut Petir Di Enam Negeri Petang Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd