• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Indeks Harga Pengguna Naik 2.2 Peratus Pada Mac Lalu

oleh AK-47
22/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengguna (IHP) bulan Mac 2022 meningkat 2.2 peratus kepada 125.6 berbanding 122.9 pada Mac 2021, melepasi purata inflasi di Malaysia bagi tempoh Januari 2011 hingga Mac 2022 iaitu 1.9 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan inflasi keseluruhan telah didorong terutamanya oleh kenaikan 4.0 peratus tahun ke tahun dalam kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol.

“Kenaikan inflasi makanan yang merupakan komponen terbesar kepada keseluruhan wajaran IHP kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.

“Peningkatan 4.0 peratus bagi kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol sebahagian besarnya berpunca daripada kenaikan ketara komponen makanan di rumah yang meningkat 4.3 peratus berbanding 4.1 peratus yang dicatatkan pada bulan Februari 2022,” jelas beliau.

Mohd Uzir berkata, subkumpulan daging terus menjadi penyumbang utama dalam kenaikan kumpulan ini dengan peningkatan sebanyak 7.6 peratus pada Mac 2022.

“Ayam yang merupakan penyumbang utama kepada subkumpulan daging meningkat kepada 10.5 peratus manakala daging lembu meningkat 4.3 peratus,” tambah beliau.

Sementara itu, peningkatan dalam hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.0 peratus); restoran dan hotel (2.9 peratus) dan pengangkutan (2.6 peratus) turut menyumbang kepada IHP secara keseluruhan.

Pada masa yang sama, pelbagai barangan dan perkhidmatan meningkat sebanyak 1.9 peratus manakala perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan mengembang 1.1 peratus.

Kedua-kedua perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain serta pendidikan, masing-masing mencatatkan peningkatan 0.9 peratus, manakala minuman alkohol dan tembakau serta kesihatan masing-masing mencatatkan peningkatan marginal 0.5 peratus dan 0.2 peratus.

Bagi perbandingan bulanan, IHP bulan Mac 2022 meningkat 0.3 peratus berbanding Februari 2022, disumbangkan oleh peningkatan pengangkutan (1.1 peratus) dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (0.6 peratus).

Mohd Uzir Mahidin turut menambah kesemua negeri menunjukkan peningkatan dalam inflasi dengan Selangor dan Putrajaya melepasi paras inflasi nasional 2.2 peratus iaitu pada 2.9 peratus.

Inflasi teras telah mencatatkan peningkatan 2.0 peratus tahun ke tahun pada Mac 2022, dengan peningkatan tertinggi dicatatkan oleh kumpulan pengangkutan iaitu sebanyak 3.9 peratus

Selain itu, kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol turut mencatatkan kenaikan 3.5 peratus, diikuti oleh hiasan, perkakasan dan pnyelenggaraan isi rumah (3.0 peratus); restoran dan hotel (2.9 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (1.9 peratus) dan perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (1.1 peratus).

-Sinar Harian

Tags: Indeks Harga PenggunaNaik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Koperal Polis Maut Dipercayai Dipukul

Rafizi Nafi Dakwaan Harga Petrol, Diesel Naik Sebelum Aidilfitri

23/03/2024
0

SHAH ALAM: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, hari ini menafikan khabar angin harga petrol RON95 dan diesel akan naik sebelum Aidilfitri...

Cuaca Tidak Menentu Punca Harga Sayuran Naik

Cuaca Tidak Menentu Punca Harga Sayuran Naik

04/02/2024
0

KUCHING : Harga barang keperluan terutamanya sayuran di bandar raya ini didapati meningkat sehingga RM3 berbanding sebelum ini. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd