• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Identiti 4 Penyelam Warga Asing Hilang Dikenal Pasti

oleh Mohd Arshad
07/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERSING – Identiti empat warga asing yang dilaporkan hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol di sini pada Rabu telah dikenal pasti.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, mereka dikenali sebagai Kristine Grodem, 35, yang merupakan jurulatih selam warganegara Norway; Alexia Alexandra, 18, (Perancis); Adrian Peter, 46, (British) dan anaknya, Nathen Renze, 14, (Belanda).

“Kesemua mangsa adalah pelancong yang seorang daripada mereka merupakan seorang jurulatih (selam) manakala tiga yang lain adalah pelajar.

“Ini bukan kali pertama mereka menyelam, (sebaliknya) kesemua mereka agak berpengalaman dalam selaman dan sedang menaik taraf sijil kelayakan menyelam,” katanya pada sidang pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, di sini pada Khamis.

Onn Hafiz berkata, semua keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung kehilangan mangsa dan operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga petang ini bergantung keadaan cuaca.

Beliau berkata, keluarga mangsa yang terlibat telah menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung maklumat kehilangan dan difahamkan mereka dalam perjalanan menuju ke sini.
Turut hadir, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat, Ketua Staf Am 21 Gerup Gerak Khas Kem Iskandar Mersing Adi Ridzwan Abdullah dan Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria.

Dalam kejadian tengah hari Rabu, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, di sini.

Op Carilamat diteruskan bermula 7 pagi Khamis melibatkan seramai 90 anggota dan pegawai pelbagai agensi termasuk 30 penyelam dan 18 aset.

-Sinar Harian

Tags: identitiPenyelam Warga Asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lima Laluan Ditutup Sementara Sempena Penamaan Calon PRK KKB Esok

MAQIS Tahan Dua Anjing Dari China, Identiti Mengelirukan

26/04/2024
0

SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) Selangor menahan dua ekor anjing baka "Poodle" dari China kerana mempunyai identiti nombor...

Identiti Mayat Dikerat Enam Masih Teka Teki

Identiti Mayat Dikerat Enam Masih Teka Teki

19/01/2023
0

SUNGAI BULOH : Identiti mayat yang ditemui dalam keadaan dipotong enam di tepi jalan Kilometer (KM) 447, Lebuhraya Utara Selatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd