Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

PTAM Optimistik Taman Kemarau...

KUALA LUMPUR - Persekutuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) optimistik untuk menamatkan kemarau pingat...

Remaja Terperangkap 60 jam...

INDIANAPOLIS - Seorang pelajar Universiti Indiana berusia 19 tahun ditemui selamat selepas terperangkap...

Dos Pertama, Kedua Jenis...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan memberi dos pertama dan kedua daripada jenis yang...

Siasatan Kes Cabul: Pegawai...

SEREMBAN - Seorang pegawai penyelidik kepada exco kerajaan Negeri Sembilan memaklumkan dipanggil memberi...

Geng Remaja Warga Asing Curi Honda EX5 Dicekup

KUALA LUMPUR – Tiga remaja berusia 14 dan 15 tahun antara empat lelaki warga asing yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kecurian sebuah motosikal berhampiran Boutique Hotel, Jalan Lanchang, di Taman Sri Bahtera, Cheras di sini, pada Jumaat.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohammad Idzam Jaafar berkata, beberapa jam selepas laporan dibuat, beliau mengesan sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dengan tidak memakai topi keledar lalu bertindak menahannya di Jalan Bukit Bintang Off Jalan Imbi di sini, pada jam 9.49 malam.

“Hasil pemeriksaan didapati penunggang yang berusia 15 tahun tersebut tidak mempunyai lesen memandu dan pemeriksaan ke atas motosikal tersebut didapati ianya baru dilaporkan hilang bersabit Cheras report 007810/22.

“Pemilik motosikal jenis Honda EX5 berwarna merah tersebut membuat laporan pada jam 2.04 petang pada 15 April. Mangsa menyedari motosikal tersebut tiada di parkir sekitar jam 12.45 tengah hari dan cuba untuk mencari di kawasan sekitar tetapi tidak dijumpai.

“Polis merampas motosikal Honda EX5 bernombor pendaftaran KBJ 3159 yang dinaiki suspek,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, hasil soal siasat, pihak polis berjaya menahan dua lelaki warga asing berusia 26 dan 14 tahun dalam serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Perkasa 1, Taman Maluri, Cheras di sini sekitar jam 12.30 tengah malam, pada Sabtu.


Remaja berusia 14 dan 15 tahun antara empat lelaki warga asing yang ditahan kerana disyaki terlibat kegiatan curi motosikal.
Mohammad Idzam berkata, pada jam 2 pagi, polis berjaya mengesan dan menahan suspek keempat yang merupakan seorang remaja warga asing berusia 15 tahun di sebuah premis di Jalan Maju 1/14, Taman Lembah Maju, di Ampang, Selangor.

“Dalam serbuan kedua, polis menemui dan merampas sebuah motosikal Honda EX5 berwarna ungu bernombor pendaftaran SS 8881 M yang dilaporkan hilang. Kesemua suspek mengaku terlibat dalam kecurian kedua-dua buah motosikal tersebut.

“Geng ini dipercayai mencuri motosikal jenis Honda EX5 untuk kegunaan sendiri dan mendapatkan alat ganti,” jelasnya.

Beliau berkata, siasatan terganggu berikutan salah seorang daripada suspek masih lagi dalam keadaan khayal akibat menghidu gam.

“Siasatan terhadap semua suspek yang berusia dalam lingkungan 14 hingga 26 tahun itu akan disambung semula. Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori