
Hati terharu melihat gambar Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim disiarkan oleh aman Facebook rasmi kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).
Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram
Baginda yang juga pemilik kelab bola sepak itu hadir bagi melihat sendiri rawatan yang sedang diterima oleh penjaga gol Farizal Marlias.
Farizal dikejarkan ke hospital berikutan perlanggaran yang berlaku ketika perlawanan JDT dengan Terengganu malam tadi.
Tunku Ismail begitu mengambil berat mengenai para pemainnya. Bukti keadaan pemain lebih penting berbanding kegembiraan kemenangan.
Rasanya tidak ramai pemilik atau presiden kelab bola sepak di Malaysia mempunyai keprihatinan terhadap pemain setinggi Tunku Ismail.
Maka memang benarlah JDT bukan semata-mata tentang sukan bola sepak, tetapi ia adalah keluarga dan Tunku Mahkota Johor adalah inspirasinya.
Justeru tidak hairan mengapa begitu ramai pemain bola sepak Malaysia mahu bermain untuk JDT.
Farizal dilaporkan berada dalam keadaan stabil, tetapi akan kekal dalam pemerhatian dan akan menjalani beberapa ujian perubatan.
Mynewshub-

