• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Penganggur Terlibat Penyalahgunaan Dadah Ditahan

oleh Mohd Arshad
19/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUKAH : Dua penganggur ditahan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah kerana disyaki terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Judan dekat sini petang semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kedua-dua suspek lelaki ditahan sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah dalam Op Tapis Khas.

Berdasarkan siasatan awal kedua-dua suspek terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah sejak Disember tahun lalu sehingga sekarang.

Suspek lelaki yang berusia 38 tahun itu dipercayai mempunyai tiga kes jenayah lampau dan suspek lelaki berusia 25 tahun itu tidak mempunyai kes lampau.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, kedua-dua suspek ditahan dan diperiksa di bahagian ruang tamu rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan di ruang tamu rumah itu menemukan satu beg silang warna hitam di atas lantai berhampiran. Pemeriksaan lanjut di dalam beg tersebut, kita menemukan dua keratan tiub straw berwarna kuning dan biru masing-masing berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dengan berat kasar 0.30 gram (nilai anggaran RM50),” jelasnya.

Kesemua barang dirampas dan kedua-dua suspek ditahan serta dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

Saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphethamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 suspek boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama iaitu boleh dipenjarakan selama tidak lebih lima tahun atau didenda tidak lebih dari RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 serta pengawasan polis tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun.

-Utusan Online

Tags: dadahditahanPenganggur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd