• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buat Aduan Jika Harga Ujian RTK Antigen Di Klinik Mahal

oleh AK-47
15/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Orang ramai dikehendaki membuat aduan sekiranya terdapat klinik menjual dan membuat ujian kit saringan pantas RTK antigen dengan harga yang tinggi.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia bagi membolehkan pihak penguat kuasa melakukan pemantauan dan tindakan sekiranya didapati bersalah.

“Harga siling RTK antigen ini di mana-mana hanya RM19.90. RM16.90 pula untuk borong.

“Kalau di klinik, ia juga sepatutnya kena jual harga yang ditetapkan. Kalau mana-mana kedai yang menjual, tidak boleh lebih dari ini. Kalau ada aduan memang kita akan jalankan tindakan,” katanya pada malam Khamis.

Beliau berkata demikian selepas Program Santai Moreh bersama Kelab Wartawan Kuala Lumpur, Selangor di sini.

Pada Khamis, tinjauan Sinar Harian mendapati, terdapat harga ujian RTK antigen di klinik-klinik swasta dianggap tinggi dan membebankan pengguna yang tergolong dalam kumpulan tersebut.

Tinjauan di 10 klinik swasta sekitar Lembah Klang yang menawarkan ujian RTK antigen (hidung sahaja) mendapati adanya klinik yang menawarkan harga ujian serendah RM39 sehingga RM180.

Harga purata yang dikenakan adalah antara RM60 dan RM70 bagi setiap ujian yang dibuat. Namun, terdapat klinik yang menawarkan potongan harga antara RM5 hingga RM10 bagi mana-mana individu yang datang melakukan ujian serentak sekurang-kurang bersama lima orang.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, kemungkinan di sesebuah klinik tersebut meletakkan harga yang tinggi disebabkan caj perkhidmatan.

Katanya, klinik yang meletakkan harga berlebihan ini, kemungkinan disebabkan harga servis yang mahal.

“Namun begitu, sekiranya didapati sesebuah premis tidak mengikut harga siling penjualan RTK antigen, tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 akan dikenakan.

“Bagi kesalahan menjual melebihi harga maksimum, individu yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

“Bagi syarikat pula, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: aduanCovid-19Harga Ujian RTK AntigenUjian RTK Antigen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AS Hantar Bantuan Senjata Kepada Ukraine

Next Post

KPDNHEP Akan Runding Harga Tiket Bas Dengan MOT

Related Posts

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

MCMC Belum Terima Aduan Kandungan Video, Parodi Kaitkan GISBH

MCMC Belum Terima Aduan Kandungan Video, Parodi Kaitkan GISBH

25/09/2024
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tidak menerima sebarang aduan berkaitan kandungan media sosial membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd...

Next Post

KPDNHEP Akan Runding Harga Tiket Bas Dengan MOT

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd