• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Basikal Lajak: Sam Dibenar Merayu, Bebas Dengan Jaminan RM10,000

oleh Mohd Arshad
18/04/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
6
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kerani wanita, Sam Ke Ting hari ini dibenar oleh Mahkamah Rayuan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 kerana memandu secara melulu yang menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal lajak, lima tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk P. Ravinthran yang bersidang bersama-sama Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali menetapkan demikian selepas membenarkan permohonan kebenaran merayu yang dikemukakannya.

Ke Ting turut dibenar mengemukakan enam persoalan undang-undang dalam rayuan yang akan didengar pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Mahkamah turut membenarkan Ke Ting, 27, dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala pelaksanaan hukuman penjara dan denda ditangguhkan sementara menunggu rayuan didengar dan diputuskan.

Sementara itu, mahkamah turut membenarkan permohonan peguam Ravinder Singh yang mewakili Majlis Peguam untuk bertindak sebagai sahabat mahkamah (Amicus Curiae) dalam rayuan kelak.

Ke Ting memohon kebenaran merayu keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Johor pada Rabu lalu yang mengenepikan keputusan Mahkamah Majistret mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskannya daripada kesalahan memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak.

Wanita itu turut diperintah menjalani hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman penjara.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar memutuskan demikian atas alasan perbuatan responden yang memandu cara melulu atau merbahaya menyebabkan kehilangan lapan nyawa malah kesalahan yang dilakukan responden adalah kesalahan berat.

Dalam tragedi berdarah yang berlaku di Jalan Lingkaran Dalam pada 3.20 pagi 18 Februari 2017, lapan remaja menaiki basikal lajak terkorban dengan empat parah manakala empat lagi turut tercedera dirempuh kereta wanita itu.

Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

-Utusan Online

Tags: ikat jaminKes Basikal LajakRayuanSam Ke Ting
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

Keputusan AGC Tarik Balik Rayuan Kes Rosmah Dibuat Ikut Lunas Undang-undang – PM Anwar

12/12/2025
0

LANGKAWI: Keputusan pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor...

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Anak Mendiang Anna Jenkins

25/09/2025
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan anak warga Australia, Annapuranee Jenkins atau Anna Jenkins, untuk mengembalikan saman kecuaian terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd