Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Hubungan PAS, UMNO Terjejas...

ARAU - Kerjasama PAS dan UMNO dilihat semakin kukuh kerana Tun Dr. Mahathir...

Kes COVID-19 UK Melepasi...

LONDON: Britain melaporkan 98,515 lagi kes coronavirus dalam tempoh 24 jam terkini, menjadikan...

Pasukan Keselamatan Sentiasa Melindungi...

PUTRAJAYA - Pasukan keselamatan Malaysia sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia untuk melindungi...

Huawei Ascend G7 Mula...

Bulan lepas, Huawei Malaysia telah memperkenalkan Ascend G7 secara rasmi di Malaysia, dan bermula...

Basikal Lajak: Ibu Bapa Tidak Terlepas Tindakan

PADANG BESAR : Ibu bapa atau penjaga tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan undang-undang jika membiarkan anak-anak terlibat dengan kumpulan basikal lajak.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, di Perlis, pihaknya mengenal pasti beberapa jalan yang menjadi lokasi kumpulan basikal lajak me­lakukan aksi berbahaya dengan salah satunya di sekitar sebuah restoran makanan segera di Jalan Kampung Bakau-Padang Behor di sini.

Tegasnya, pihak polis akan mengambil tindakan terhadap kumpulan basikal lajak terbabit termasuk ke atas ibu bapa dan penjaga mereka.

“Penggunaan basikal lajak sememangnya tidak dibenarkan dan jika dikesan, kita akan mengambil tindakan termasuk terhadap ibu bapa dan penjaga kanak-kanak atau individu yang berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Padang Besar, di sini semalam.

Dalam majlis itu, bekas Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner, Mohd. Shokri Abdullah dilantik sebagai Ketua Polis

Daerah Padang Besar yang baharu berkuat kuasa semalam.

Beliau menggantikan Supe­rintenden Saifudin Aslin Abbas yang dilantik sebagai Ketua Ja­batan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perlis yang baharu.

Tambah Surina, pada tahun lalu, polis telah menahan 50 hingga 60 penunggang basikal lajak dan basikal rekreasi lain yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.


“Penunggang basikal lajak dan basikal rekreasi yang ditahan itu diberikan nasihat dan kesedaran mengenai peraturan sedia ada.

“Ada yang tidak tahu bahawa penggunaannya di atas jalan raya adalah tidak dibenarkan sama sekali manakala basikal rekreasi pula tidak boleh ditunggang di atas lebuh raya.

“Pihak polis melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah mengambil tindakan dengan mengadakan pengawasan di lokasi selain pen­dedahan menerusi video me­ngenai kesalahan basikal lajak yang dimuat naik di laman sosial Facebook,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Surina memberitahu, aktiviti rempit atau lumba haram di negeri ini didapati terkawal dan sentiasa dipantau pihak polis.

“Aktiviti yang membahayakan pengguna jalan raya tersebut sering dipantau Skuad 42 di bawah JSPT dan terdapat tangkapan dilakukan.

“Beberapa tangkapan yang dilakukan juga menunjukkan ada individu yang ditahan terlibat dengan penyalahgunaan dadah,” katanya.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori