• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barang Baru Akan Masuk Skim Harga Maksimum Musim Perayaan

oleh AK-47
15/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak menolak kemungkinan akan ada barangan baharu yang termasuk dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena Aidilfitri.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, akan ada barangan yang ditambah selain ayam dan telur yang dikawal setiap kali musim perayaan.

Katanya, antara barangan itu termasuklah seperti kelaziman sebelum ini iaitu sayur-sayuran, ikan, daging dan barangan yang mendapat permintaan yang tinggi ketika perayaan.

“Kami belum dapat tentukan lagi sebab setiap barang, setiap harga yang ditetapkan, kita teliti dengan baik. Bukan suka-suka.

“Sebab itu saya tak sebut barangan itu sekarang kerana mungkin tak perlu pun. Harga sudah rendah, bekalan tak ada masalah, apa perlunya kita buat harga maksimum.

“Mengikut apa yang kita kaji nanti, baru boleh kita tetapkan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Suruhan Jaya Syarikat Malaysia (SSM) di ibu negara hari ini.

Hadir sama Timbalannya Datuk Rosol Wahid, Ketua Setiausaha KPDNHEP Azman Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif SSM Datuk Azimah Abdul Aziz.

Menyentuh mengenai SSM, beliau berkata, pihaknya berharap lebih banyak perniagaan didaftarkan selepas ini selepas negara beralih kepada fasa peralihan endemik.

Katanya, setakat 31 Mac ini, 8,568,916 perniagaan, Perniagaan Liabiliti Terhad (PLT) dan 1,446,196 syarikat berdaftar dengan SSM.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan pelantikan Ketua Setiausaha KPDNHEP Azman Mohd Yusof sebagai Pengerusi SSM berkuatkuasa hari ini.

-Harian Metro

Tags: Skim Harga Maksimum Musim Perayaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd