• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Tiri, Ibu Dua Kanak-Kanak Didera Ditahan

oleh Mohd Arshad
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Bapa tiri dan ibu kandung yang disyaki mendera dua anak mereka berusia enam dan lapan tahun sehingga mengalami kecederaan sejak Selasa lalu, ditahan semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menahan bapa tiri mangsa yang berusia 33 tahun di rumah keluarga berkenaan di Jalan Sungai Petani, dekat sini, kira-kira pukul 3.30 petang.

Sementara itu, katanya, tangkapan terhadap ibu mangsa pula dilakukan di tepi Jalan Kolam Air, di sini, kira-kira pukul 5.30 petang.

Katanya, ujian urin yang dijalankan terhadap bapa tiri mangsa didapati positif dadah jenis Meth.

“Setakat ini polis masih menjalankan siasatan sama ada wanita tersebut turut sama terlibat mendera kedua-dua mangsa,” katanya di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan mengenai penderitaan dilalui dua beradik itu yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk luka serta bengkak di kepala selain lebam di kedua-dua pipi.

Penderitaan ditanggung dua beradik itu terbongkar menerusi keprihatinan seorang guru yang bertanyakan mengenai kesan di wajah salah seorang daripada kanak-kanak tersebut, Selasa lalu.

Kanak-kanak itu bersama adiknya mendakwa dipukul oleh ayah tiri selain mendakwa pernah ditendang di belakang badan.

Ahmad Shukri memaklumkan, pasangan tersebut kini direman tujuh hari bermula hari ini.

-Utusan Online

Tags: bapa tiriDerakanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Eksploitasi Seksual Tanggungjawab Bersama – Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor

07/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual merupakan tanggungjawab bersama yang memerlukan kerjasama erat antara semua pihak. Perkara itu...

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

Kanak-Kanak Cedera Diserang Anjing Liar Ketika Bermain Di Pantai Kuala Kemasin

03/10/2026
0

BACHOK - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun di sini dilaporkan mengalami kecederaan pada kepala dan leher selepas diserang sekumpulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd