• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantuan Khas Aidilfitri Minimum RM1,000 Di Negeri Sembilan

oleh AK-47
06/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia akan dibayar pada Jumaat depan (15 April) dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM6 juta untuk seramai 4,050 kakitangan.

“Pemberian BKK bersempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 ini diharap meningkatkan motivasi penjawat awam negeri untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang.

“Selain itu, pemberian ini juga selaras dengan tema Belanjawan Negeri Sembilan Tahun 2022 iaitu ‘Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat’,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Pasca Mesyuarat Minggu Exco di Wisma Negeri, pada Rabu.

Sementara itu, dalam perkembangan berlainan, Aminuddin berkata, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menghantar tangki statik di kawasan yang menghadapi gangguan bekalan air terawat pada Selasa di beberapa kawasan di Port Dickson seperti Bandar Springhill dan Chuah serta Kuala Klawang, Jelebu.

“Ia berikutan kadar kekeruhan air sungai di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi terlalu tinggi apabila berlakunya hujan lebat di sekitar Seremban hingga loji tidak dapat memproses air mentah dari sungai tersebut.

“Justeru, masalah ini dipastikan tidak berulang terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya.

Pada 2 Mac lalu media melaporkan, kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan RM25 juta bagi mengatasi segera masalah bekalan air terawat di Port Dickson berikutan kekerapan berlaku gangguan bekalan air di sekitar daerah tersebut.

-Sinar Harian

Tags: Bantuan Khas AidilfitriNegeri Sembilan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

Tok Mat Jumpa Pimpinan BN Negeri Sembilan Susun Strategi PRN

18/06/2026
0

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mula mengatur gerak kerja dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd