• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bantahan Memuncak, Jemaah Menteri Sri Lanka Tawar Letak Jawatan

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GLOBAL | Menteri-menteri kabinet Sri Lanka pada Ahad menawarkan untuk meletak jawatan ekoran peningkatan protes di tengah ketidakstabilan ekonomi dan kekurangan bahan api yang meruncing.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menurut Xinhua, semua menteri kabinet menyerahkan surat peletakan jawatan sekali gus membuka laluan untuk membentuk kabinet baru, susulan perbincangan yang diadakan dengan Perdana Menteri Mahinda Rajapaksa pada petang Ahad.

Bagaimanapun, Rajapaksa dan para menteri akan meneruskan tugas seperti biasa.

Rajapaksa dijangka mengeluarkan kenyataan khas pada Isnin dan mempelawa parti-parti politik untuk bersama-sama membentuk kerajaan baru.

Sejak beberapa hari Sri Lanka menyaksikan bantahan yang menggesa kerajaan mengambil langkah segera bagi menyelesaikan masalah bekalan elektrik yang terputus selama berjam-jam dan kekurangan bahan api atau meletak jawatan.

Sri Lanka juga mengalami kekurangan bekalan penting seperti makanan, ubat-ubatan dan mata wang asing mengakibatkan beberapa sektor terjejas.

Perintah berkurung 36 jam berkuat kuasa pada petang Sabtu dan ditarik balik awal Isnin dalam usaha memastikan undang-undang dan ketenteraman di negara itu, kata polis.

-Malaysia Kini

Tags: bantahanjemaah menteriletak jawatanSri Lanka
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhli Shaari Kongsi Berita Lama Anwar: Letak Jawatan Jika Enggan Dengar Titah Agong

Fadhli Shaari Kongsi Berita Lama Anwar: Letak Jawatan Jika Enggan Dengar Titah Agong

08/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkongsi tangkap layar laporan berita lima tahun lalu mengenai kenyataan...

Anthony Loke Tiada Pilihan Kecuali Letak Jawatan, Rafizi Salahkan Kepimpinan Anwar

Anthony Loke Tiada Pilihan Kecuali Letak Jawatan, Rafizi Salahkan Kepimpinan Anwar

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengasas Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook tidak mempunyai pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd