Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

AS Teruskan Kerjasama Dengan...

KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat hari ini sekali lagi menegaskan komitmennya akan terus...

Pelacur Dedah Ustaz Langgan...

SEORANG wanita tanpa segan silu membuat pengakuan berani mati apabila mendedahkan memberi 'perkhidmatan'...

Guna Helikopter Untuk Beli...

SYDNEY - Seorang juruterbang sebuah helikopter dirakamkan mendarat di sebuah restoran makanan segera,...

Najib Telah Hapuskan 8...

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah secara perlahan memansuhkan lapan kutipan tol...

Banjir, Tanah Runtuh Di Tuaran

TUARAN – Hujan lebat sejak beberapa hari lalu di Sabah mengakibatkan kejadian banjir dan tanah runtuh di beberapa kampung di daerah ini pagi Ahad.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, beberapa kawasan di sini terjejas akibat banjir iaitu Kampung Bunga Tengilan, Kampung Bundung, Kampung Suang Bangau, Kampung Paruh, Kampung Tinuhan dan Pekan Tengilan.

Beliau berkata, jambatan lama Tamparuli telah dinaiki air menyebabkan jalan itu tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan manakala paras air Sungai tuaran pada pagi ini pada aras waspada.

“Tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini kerana keluarga terjejas banjir berpindah ke rumah keluarga lain, cuaca pada pagi ini adalah baik,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Ahad.

Tuaran merupakan sebuah daerah berkeluasan 1,165km persegi di pantai Barat Sabah terletak lebih 32 kilometer dari Kota Kinabalu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata hujan lebat itu juga menyebabkan lima rumah terjejas berikutan kejadian tanah runtuh di Skim Penempatan Telipok di sini awal pagi Ahad.


Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada 5.59 pagi sebelum ke lokasi kejadian sejauh 26 kilometer, dan setakat ini tiada mangsa terlibat dalam insiden berkenaan.

“Pemilik rumah yang terjejas telah diminta untuk mengosongkan kediaman masing-masing kerana pergerakan tanah masih berlaku. Operasi ditamatkan kira-kira 7.16 pagi Ahad,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya Sabah dalam kenyataan memaklumkan akibat hujan lebat itu tiga jalan di daerah kota Belud tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan pagi ini kerana dinaiki air banjir.

Jalan tersebut ialah KM79.228 Kampung Gunding Jalan Kota Kinabalu-Kudat, KM1.625 Kampung Menunggui Jalan Kuala Ibai dan KM1.382 Kampung Sembirai Jalan Kota Belud Bypass.

“Pemasangan Traffic Management Plan (TMP) telah dilakukan di jalan tersebut dan pengguna tiga jalan itu dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Sangkir 2 untuk ke destinasi masing-masing,” menurut kenyataan itu.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori