• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awang Adek Dilantik Jadi Pengerusi Baharu SC

oleh Mohd Arshad
28/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Datuk Dr Awang Adek Hussin dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang baharu bermula 1 Jun ini menggantikan Datuk Syed Zaid Syed Jaffar Albar.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima peletakan jawatan Syed Zaid sebagai Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya SC yang akan berkuat kuasa pada 31 Mei 2022.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan, serta khidmat bakti beliau sepanjang tempoh sebagai Pengerusi Eksekutif SC sejak 1 November 2018 hingga 30 Mei 2022.

“Bagi memastikan peralihan yang lancar dan teratur serta memastikan kesinambungan pentadbiran SC, Kementerian Kewangan melantik Datuk Dr Awang Adek Hussin sebagai Pengerusi Eksekutif SC yang baharu berkuat kuasa selama tiga tahun mulai 1 Jun 2022 hingga 31 Mei 2025.

“Pelantikan ini adalah selaras dengan seksyen 4(2) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (Akta 498),” katanya.

Awang Adek mempunyai kepakaran dan pengalaman yang luas dalam bidang pasaran modal dan kewangan Islam.

Beliau berkelulusan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Ekonomi daripada University of Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).

Antara pengalaman beliau adalah sebagai Penolong Gabenor di Bank Negara Malaysia (BNM), bekas ahli Lembaga Pengarah SC, bekas Pengerusi Tenaga Nasional Bhd (TNB), Ketua Pengarah pertama bagi Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Persisir Labuan (LOFSA), bekas Duta Besar Malaysia ke AS dan pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan pada tahun 2006 hingga 2013.

“Berbekalkan pengalaman yang ada, Kementerian Kewangan yakin Awang Adek mampu memberi sumbangan cemerlang demi memastikan SC mencapai matlamatnya untuk menjadi organisasi yang berprestasi tinggi,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Awang AdekDilantikpengerusiSC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kapal Diserang Houthi Karam Di Laut Merah

‘Syarikat Milik Mahadi Tiada Lesen Aktiviti Pelaburan’ – Bukit Aman

03/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan siasatan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berhubung kedudukan syarikat pelaburan milik usahawan, Mahadi...

Tun Juhar Mahiruddin Dilantik Semula Yang Dipertua Negeri Sabah

Tun Juhar Mahiruddin Dilantik Semula Yang Dipertua Negeri Sabah

23/12/2022
0

PETALING JAYA: Pelantikan semula Tun Juhar Mahiruddin sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah menamatkan spekulasi bahawa terdapat tiga nama lain bakal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd