Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Mesin Judi Haram Bernilai...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 197,477 komputer yang dijadikan mesin judi haram bernilai RM197.4...

Operasi Banteras Penjualan Telur...

SANDAKAN – Jabatan Hidupan Liar serius dalam membanteras penjualan telur penyu secara haram...

Anak Raja Dangdut Rhoma...

JAKARTA - Penyanyi Indonesia, Muhammad Rhido Rhoma, iaitu anak kepada raja dangdut legenda...

Polis Akan Panggil Takiyuddin

PUTRAJAYA - Polis akan memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang),...

AS Pujuk 31 Negara IEA ‘Lepaskan Rizab Minyak’

WASHINGTON : Lebih 30 negara anggota Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) dilaporkan menyertai Amerika Syarikat (AS) untuk memanfaatkan rizab minyak negara bagi mengatasi masalah bekalan dalam pasaran susulan perang Rusia dan Ukraine.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden AS, Joe Biden menerusi satu ucapan di White House.

“Pagi ini, lebih 30 negara di seluruh dunia bersidang dalam mesyuarat luar biasa dan bersetuju untuk mengeluarkan puluhan juta tong minyak tambahan ke dalam pasaran,” katanya.

Namun, terdapat beberapa isu yang tidak dipersetujui oleh negara anggota IEA, menurut Pengarah Hal Ehwal Antarabangsa di Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun, Hidechika Koizumi.

“Berdasarkan situasi semasa, negara anggota dalam mesyuarat IEA bersetuju untuk mengeluarkan bekalan minyak tambahan, namun mereka tidak boleh bersetuju dengan jumlah volum dan peruntukan yang dikeluarkan oleh setiap negara.

“Sehubungan itu, butiran lanjut akan dibincangkan antara sekretariat IEA dan negara anggota dalam tempoh terdekat,” ujarnya.

Kali terakhir 31 negara anggota IEA mengadakan mesyuarat mengenai pelepasan rizab minyak adalah pada 1 Mac lalu, dengan persetujuan 62 juta tong dan separuh daripadanya disumbangkan oleh AS.


Pada Khamis lalu, Biden mengumumkan pelepasan rizab minyak AS dengan menjanjikan satu juta tong sehari dalam tempoh enam bulan.

Langkah yang disifatkan sebagai penggunaan terbesar simpanan strategik dalam sejarah dunia itu bertujuan ‘memulihkan pasaran minyak global’ dan meredakan gelombang inflasi yang melanda ekonomi AS.

Jelas Biden, kos bahan api yang melambung tinggi untuk rakyat di negara ini adalah disebabkan oleh kenaikan harga minyak dalam pasaran dunia susulan peperangan Rusia-Ukraine.

Beliau juga menegaskan, situasi itu juga berlaku disebabkan oleh sekatan Barat terhadap Rusia secara besar-besaran.

Rusia merupakan pengeksport minyak mentah kedua terbesar selepas Arab Saudi.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori