• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Kenakan Sekatan Baharu Terhadap Rusia

oleh AK-47
01/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) memaklumkan akan mengenakan sekatan baharu terhadap sektor aeroangkasa, marin dan elektronik Rusia dalam usaha berterusan untuk menyekat pembiayaan kos perang Moscow, lapor United Press International (UPI) semalam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Jabatan itu menyenaraikan 21 entiti dan 13 individu yang memainkan peranan penting dalam jentera perang Rusia sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap syarikat dan rangkaian teknologi Kremlin.

“Rusia bukan sahaja melanggar kedaulatan Ukraine dengan menceroboh tanpa provokasi tetapi juga meningkatkan serangan dengan menyerang orang awam dan penempatan penduduk.

“Kami akan terus menyasarkan jentera perang Putin dengan sekatan dari setiap sudut sehingga perang yang tidak masuk akal ini berakhir,’’ kata Setiausaha Perbendaharaan, Janet L. Yellen.

Menurut jabatan itu, langkah yang diputuskan kelmarin itu adalah sebahagian daripada tindak balas komprehensif pentadbiran AS untuk menyekat akses Rusia kepada sumber dan sektor ekonomi yang penting dalam membekalkan dan membiayai kos perang.

Sasaran sekatan terbaharu itu termasuk sebuah syarikat yang mengeksport lebih 50 peratus barangan mikroelektronik Rusia dan merupakan pembuat cip terbesar negara itu.

Tambah jabatan itu, syarikat Serniya yang berpangkalan di Moscow disekat kerana terlibat dengan aktiviti berkaitan Perkhidmatan Perisikan Rusia.

Kosmo-

Tags: Amerika SyarikatRusiasekatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

Penganjur Konvoi Mat Motor Bertanggungjawab Jika Penumpang Terlepas Penerbangan? – Anthony Loke

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan menganjurkan konvoi Mat Motor ke Lapangan Terbang Sultan Ismail...

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd