• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

90 Peratus Rumah Selangorku Idaman BSP Sudah Ditempah

oleh AK-47
23/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam : Rumah Selangorku Idaman BSP di bawah projek LBS Bina Group Berhad (LBS) sudah menerima lebih daripada 90 peratus tempahan sehingga kini sejak dilancarkan pada November tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat LBS, Amal Abdul Aziz berkata, Rumah Selangorku Idaman BSP adalah projek fasa pertama di bawah LBS yang dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

“LBS dengan kerjasama anak syarikatnya, MGB Berhad diberikan tanggungjawab oleh kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI untuk membina 7,210 Rumah Selangorku Idaman MBI, di mana projek fasa pertama kita adalah Rumah Selangorku Idaman BSP.

“Perkembangannya amat memberangsangkan, sangat baik..buat masa sekarang ini kita menerima tempahan kira-kira 1,180 unit bagi projek Rumah Selangorku Idaman BSP di mana selebihnya masih lagi dalam proses kelulusan bank dan pinjaman, memandangkan segala permohonan Rumah Idaman ini perlu melalui kelulusan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

“Kita juga sudah memulakan pembinaan Rumah Selangorku Idaman BSP yang membabitkan 1,312 unit dan dijangka siap sepenuhnya pada 2024,” katanya ketika ditemui di Majlis LBS Iftar bersama Media di Hotel Mardhiyyah di sini, hari ini.

Pada masa sama katanya, LBS Group melancarkan rumah contoh di dua galeri jualan yang mempunyai ukuran saiz sebenar termasuk kedudukan perabot, perkakasan elektrik di dalamnya.

“Ini membabitkan dua lokasi iaitu di Galeri Jualan KITA Cybersouth dan Galeri Jualan LBS Alam Perdana, di mana di KITA Cybersouth kini sudah bersedia untuk menerima pelawat manakala di Galeri Jualan Alam Perdana dijangka siap sekitar Mei tahun ini.

“Keistimewaan rumah contoh ini adalah kerana ia terletak di dalam galeri jualan, justeru orang ramai boleh melihat sendiri rumah contoh ini,” katanya.

Pada Oktober tahun lalu, kerajaan negeri mengumumkan projek Rumah Selangorku Idaman MBI yang miliki keluasan 1,000 kaki persegi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua parkir berharga RM250,000 dengan kerjasama LBS Bina Group dan MGB Berhad.

Rumah Selangorku Idaman MBI dibina khas untuk rakyat yang bekerja serta tinggal di Selangor dan pertama kali memiliki rumah membabitkan lokasi di Bandar Saujana Putra, Shah Alam , Cybersouth, Puchong dan Alam Perdana.

-Harian Metro

Tags: DitempahRumah Selangorku Idaman BSP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd