Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Pemohon i-Sinar Boleh Semak...

KUALA LUMPUR - Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon skim i-Sinar...

Perdana Menteri Lancar Aplikasi...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan...

‘Kekuasaan Kehakiman Ditekan Ke...

Bekas perdana menteri Najib Razak menyifatkan sistem kehakiman negara telah tidak berpihak kepadanya.Ikuti...

Ayam Dalam Bekas Babi...

SINGAPURA - Selepas Singapura gempar dengan tindakan biadap seorang lelaki Cina hina seorang...

5,000 Penduduk Awam Terbunuh Di Mariupol

MOSCOW – Datuk Bandar Mariupol yang baharu dilantik oleh tentera Rusia mengumumkan kelmarin bahawa kira-kira 5,000 penduduk awam terbunuh di bandar dalam kepungan itu di tenggara Ukraine.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

“Sekitar 60 hingga 70 peratus rumah sama ada musnah sepenuhnya atau separa musnah,” kata Konstantin Ivashchenko.

Beliau dinamakan sebagai Datuk Bandar Mariupol pada Rabu lepas oleh Denis Pushilin iaitu pemimpin puak pemisah di rantau Donetsk.

Dipetik agensi berita Rusia, TASS, Ivashchenko berkata bahawa seramai 250,000 orang telah meninggalkan Mariupol.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa Ukraine menganggarkan seramai 5,000 orang awam terbunuh di Mariupol tetapi berkata, angka kematian sebenar di bandar itu mungkin mencecah puluhan ribu penduduk awam.


Menurut pihak berkuasa Ukraine, 90 peratus bandar pelabuhan itu musnah akibat serangan tentera Rusia.

Tentera Rusia dan militia pemisah mengepung dan menyerang Mariupol selama berminggu-minggu tetapi berdepan penentangan sengit tentera dan pejuang Ukraine.

Menurut kedua-dua belah pihak, situasi kemanusiaan di Mariupol adalah sangat menyedihkan.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori