• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Juta Kenderaan Dijangka Penuhi Lebuh Raya Bermula Hari Ini

oleh AK-47
29/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangkakan sebanyak 5 juta kenderaan akan berada di seluruh lebuh raya negara bermula Jumaat untuk pulang ke kampung bagi sambutan perayaan Aidilfitri 3 Mei depan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, trend peningkatan itu dikesan terutama di Lembah Klang disebabkan pergerakan orang ramai untuk persiapan raya.

Menurutnya, pergerakan akan mula sesak apabila orang ramai mula pulang ke pantai timur, utara dan selatan.

“Kita jangkakan sebanyak 5 juta kenderaan akan berada di lebuh raya bermula Jumaat.

“Pemantauan polis di stesen bas juga mendapati tiket habis dijual. Jadi, kita boleh nampak semua orang berpusu-pusu untuk pulang ke kampung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Bukit Aman, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, pengguna jalan raya diingatkan untuk patuhi peraturan lalu lintas, pastikan kenderaan dalam keadaan baik, rancang pergerakan pulang selain memastikan diri dalam keadaan bersedia serta tidak letih.

Katanya, diingatkan juga agar pemandu untuk lebih berhemah dengan tidak potong Q, pandu di lorong kecemasan serta langgar peraturan lampu isyarat.

“Kerjasama semua pihak adalah amat penting. Kita tidak mahu kesalahan-kesalahan seperti ini boleh menyebabkan kejadian tidak diingini seperti pergaduhan atau ‘road bully’.

“Disarankan juga pengguna jalan raya yang penat dan perlu berehat, boleh berhenti di hentian plaza tol seketika termasuklah bagi menunaikan solat atau ke tandas. Ini bagi mengelakkan kesesakan di hentian rehat dan rawat (R&R),” katanya.

Dalam pada itu, JSPT turut akan menggunakan dron bermula Jumaat bagi memantau lokasi-lokasi sesak di lebuh raya.

“Petugas terdiri daripada pegawai dan anggota JSPT akan bersedia sepanjang tempoh 24 jam termasuklah anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta Unit Kereta Peronda (MPV),” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Kenderaanlebuh raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

Tiada Kenaikan Tol 10 Konsesi Lebuh Raya – Fahmi

18/12/2025
0

Kuala Lumpur: Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026, kata Menteri...

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

19/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya bertol di Lembah Klang secara keseluruhannya bergerak lancar setakat jam 2.55 petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd