• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

22 Barang Dikawal Sempena Aidilfitri

oleh Mohd Arshad
21/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Sebanyak 22 jenis barangan dikawal menerusi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (HRP) 2022 yang akan berkuat kuasa bermula 26 April hingga 6 Mei ini melibatkan kategori hasil laut, barangan kering, sayuran dan daging.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pelaksanaannya dijalankan tujuh hari sebelum, semasa dan tiga hari selepas perayaan sebagai langkah menstabilkan harga barangan dan memastikan keberadaan bekalan di pasaran.

Katanya, untuk daging ialah daging lembu tempatan (kecuali bahagian batang pinang), daging lembu import (harga maksimum di Sarawak sahaja), daging kerbau import (harga maksimum di Semenanjung, Sabah dan Labuan sahaja).

“Seterusnya hasil laut iaitu ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara lapan hingga 12 ekor setiap kilogram), ikan selayang (berat antara lapan hingga 12 ekor setiap kilogram), ikan aya/tongkol (berat antara satu hingga dua ekor setiap kilogram) dan ikan demudok/sagai/ cermin/cupak (Sabah sahaja).

“Barangan lain ialah tomato, cili merah, kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), kacang panjang, terung panjang, timun, halia tua import, bawang merah besar import, bawang besar Holland dan bawang putih (China),” katanya ketika mengumumkan skim berkenaan di sini hari ini.

Jelasnya, lain-lain barangan dalam senarai tersebut ialah ubi kentang import (China), cili kering, kacang tanah, kelapa biji (borong sahaja) dan kelapa parut (runcit sahaja).

Berhubung ayam dan telur ayam, Alexander berkata, pada 5 Februari lalu, kementerian telah melaksanakan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam dan sedang berkuat kuasa sehingga 5 Jun sebagai langkah untuk menstabilkan harga ayam dan telur ayam serta memastikan keberadaan bekalannya di pasaran.

Katanya, ia melibatkan ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya) dan ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal).

Ini termasuk harga telur ayam gred A iaitu berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji, telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji), telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penentuan harga barangan bagi negeri-negeri dibuat mengikut kesesuaian harga pasaran semasa dan mengambil kira faktor perubahan harga, khususnya bagi barangan import yang dipengaruhi oleh harga dari negara asal, perubahan kadar tukaran mata wang dan peningkatan kos utiliti penternak.

Sementara itu, Alexander menegaskan, tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim dan mereka yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Bagi kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum, individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 manakala syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

Untuk kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal, individu boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000.

-Utusan Online

Tags: AidilfitridikawalHarga BarangHarga Barang Dikawal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd