• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

209 Pengendali Makanan Bazar Ramadan Di Kedah Tiada Suntikan Antitifoid

oleh Mohd Arshad
13/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR: Seramai 209 daripada 2,132 pengendali makanan di 1,325 premis bazar Ramadan seluruh negeri ini, didapati tidak mengambil suntikan antitifoid.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Othman Warijo, berkata hasil operasi pegawai penguatkuasa Kementerian Kesihatan (KKM) juga mendapati seramai 269 pengendali makanan tidak menghadiri latihan pengendali makanan.

Bagaimanapun, katanya jumlah itu menurun berbanding tahun lalu, apabila seramai 417 daripada 4,171 pengendali makanan di 2,294 premis bazar Ramadan dikesan tidak mengambil suntikan anti tifoid dan 775 tidak hadir latihan pengendali makanan.

“Oleh itu, sebanyak 19 notis mengikut Seksyen 32B Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 terpaksa dikeluarkan ke atas pemilik dan pengendali makanan yang tidak patuh peraturan ditetapkan.

“Kesemua pengendali makanan terbabit turut diberi pendidikan kesihatan berkaitan kebersihan dan pengendalian makanan dan minuman bagi mengelak keracunan makanan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Othman berkata, pihaknya memandang serius isu keracunan makanan yang berlaku di premis makanan, bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang kes dilaporkan berpunca daripada premis bazar Ramadan.

Katanya, untuk memastikan makanan dan minuman yang dijual di bazar Ramadan adalah bersih dan selamat untuk dimakan, pihaknya turut melakukan pensampelan makanan.

“Setakat ini, sejumlah 38 sampel makanan sudah diambil dan masih menunggu keputusan makmal.

“Tahun lalu, sejumlah 42 sampel makanan diambil dan didapati satu daripadanya dikesan mengandungi bakteria Coliform,” katanya.

Beliau turut menegaskan, peniaga bazar Ramadan bertanggungjawab memastikan premis makanan mereka bersih sepanjang masa dengan pelanggan pula perlu memilih premis makanan yang bersih.

“Pelanggan dinasihat agar tidak menyimpan makanan mudah rosak sehingga waktu sahur seperti hidangan kerabu dan makanan berasaskan santan.

“Bagi makanan yang disimpan di dalam peti sejuk, pastikan makanan dipanaskan sempurna sebelum dihidangkan. Mereka yang mempunyai simptom seperti loya, muntah, cirit birit atau sakit perut perlu segera ke klinik atau hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

BHonline-

Tags: bazar ramadanKKMsuntikan antitifoid
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd