• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 Kawasan Di Kuala Lumpur Alami Gangguan Air

oleh Mohd Arshad
24/04/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 kawasan di Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di rumah pam di Taman Muda, Cheras di sini.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di Facebook berkata, kerja-kerja pembaikan paip pecah dilaksanakan bermula jam 3 petang pada Ahad.

Menurut kenyataan itu, kerja-kerja pembaikan tersebut dijangka siap sepenuhnya pada jam 3 pagi Isnin.

“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan.

“Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual,” menurut kenyataan itu pada Ahad.

Lokasi terjejas termasuk Bukit Permai Industri, Kampung Cheras Baru, Pandan Bistari, Taman Bukit Pandan, Taman Bukit Permai dan Taman Bukit Teratai.

Turut terjejas Taman Mawar, Taman Mega Jaya, Taman Melur, Taman Mestika, Taman Muda, Taman Pandan Mewah, Taman Putra, Taman Saga dan Taman Seraya.

SinarHarian-

Tags: air selangorgangguan airkuala lumpur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

Penutupan Sementara Jalan Berperingkat Sempena Perarakan Keagamaan Hindu – DBKL

31/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup sementara secara berperingkat sempena Perarakan Kuil Sri Thandayuthapan...

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia AS Kawal Trump Di KL Curi Perhatian

27/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang anggota pasukan Perkhidmatan Rahsia Amerikat Syarikat (AS) dilihat melakukan kawalan keselamatan untuk Presiden Donald Trump selepas menghadiri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd