• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Maut Kereta Terjunam Dari Jambatan

oleh Mohd Arshad
09/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka : Lelaki warga emas maut selepas kereta dipandunya terjunam kira-kira 15 meter dari jambatan dalam kejadian di Jalan Syed Abdul Aziz, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, mangsa Tan Chin Chee, 76, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, siasatan awal dijalankan mendapati sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari persimpangan lampu isyarat Kota Syahbandar menghala ke Melaka Raya.

“Mangsa dipercayai hilang kawalan dari lorong kiri lalu masuk ke lorong bertentangan sebelum kereta Toyota Vios dipandunya terjatuh ke bawah jambatan.

“Siasatan di lokasi kejadian turut terdapat kesan calar selain rempuhan pada besi penghadang selain anggaran ketinggian dianggarkan kira-kira 15 meter,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Selain itu kereta mangsa juga turut ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Abdul Rahim Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.26 pagi sebelum sebuah jentera bersama lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, setibanya di lokasi bomba mendapati terdapat seorang mangsa tersepit ditempat duduk pemandu dan disahkan sudah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Disebabkan keadaan pintu keretanya yang remuk bomba terpaksa menggunakan alatan khas untuk membuka pintu kereta bagi mengeluarkan mangsa.

“Kerja mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira 10 minit dan mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

-Harian Metro

Tags: jambatankereta terjunammautwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd