Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Remaja Lemas Di Air...

KUANTAN - Kegembiraan sekumpulan remaja dari Klang, Selangor beriadah di Air Terjun Chamang,...

GEMPAR!! Zara Dedah Gambar...

LICIK, berani dan tidak tahu malu... itu yang boleh kami gambarkan tentang peribadi...

Warga Asing Di Pasar...

PETALING JAYA - Kawasan sekitar Pasar Jalan Othman di sini, yang diletakkan di...

Mangsa Rentung Dalam Kebakaran...

BAU - Seorang individu yang identitinya masih belum dikenal pasti ditemui rentung di...

Waran Tangkap Buat Norjuma

Kuala Lumpur : Usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed dikenakan perintah waran tangkap oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Arahan itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Yasmin Abdul Razak berikutan Norjuma gagal memberi kerjasama dari permulaan kes dan juga kerana menghina mahkamah atas ingkar perintah yang ditetapkan.

Sebagai rekod, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma sejak 2019 dan 2020 berikutan penyebaran fitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 hingga 2020.

Peguam bagi pihak Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan berkata, bagaimanapun pihaknya gagal menyerahkan waran tangkap itu selepas Norjuma tidak ada di kediamannya hari ini.


Menurutnya, pihaknya akan memohon tarikh baru untuk permohonan waran tangkap ke atasnya sekali lagi.

“Mungkin selepas ini kita akan menyerahkan waran tangkap itu ke pihak polis bagi membantu mengesan Norjuma dan menahannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

-Harian metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori