• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Varian BA.2 Lebih Mudah Berjangkit, Merebak

oleh AK-47
27/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

COLUMBIA : Varian BA.2 merupakan subvarian Omicron terbaharu iaitu strain dominan virus SARS-CoV-2 yang menyebabkan Covid-19.

Walaupun asal usul BA.2 belum jelas, varian itu menjadi strain dominan di banyak negara seperti India, Denmark dan Afrika Selatan.

Malah, lapor Channel News Asia, varian itu terus merebak ke Eropah, Asia dan negara lain di dunia.

Varian Omicron yang dikenali sebagai B.1.1.529 mempunyai tiga subvarian utama iaitu BA.1, BA.2 dan BA.3.

Sesetengah saintis menggelar BA.2 sebagai varian ‘senyap’ kerana tidak seperti BA.1 yang tidak mempunyai genetik tertentu bagi membezakannya dengan varian Delta.

Walaupun ujian calitan Polymerase Chain Reaction (PCR) standard masih dapat mengesan varian BA.2, mereka mungkin tidak dapat membezakannya dengan Delta.

BA.2 itu juga dianggap lebih mudah berjangkit dan merebak lebih cepat berbanding BA.1.

Kajian terkini dari United Kingdom dan Denmark mencadangkan BA.2 mungkin menimbulkan risiko kemasukan ke hospital sama seperti BA.1, walaupun varian ini dipercayai tidak menyebabkan individu menjadi lebih sakit.

Dalam pada itu, kajian terkini juga mendapati individu yang pernah dijangkiti BA.1 mempunyai perlindungan imuniti yang kuat terhadap BA.2.

Disebabkan BA.1 menyebabkan jangkitan yang meluas di seluruh dunia, kemungkinan besar peratusan penduduk mempunyai imuniti perlindungan terhadap BA.2 adalah tinggi.

Sebab itu, segelintir saintis meramalkan BA.2 berkemungkinan tidak menyebabkan gelombang besar seperti jangkitan subvarian lain.

Peningkatan BA.2 di beberapa negara tertentu berkemungkinan besar disebabkan oleh gabungan kebolehjangkitan yang tinggi, imuniti semakin berkurangan dan kelonggaran sekatan Covid-19.

-Utusan Online

Tags: Covid-19Varian BA.2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd