• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Utusan Khas ASEAN Dijadual Lawat Myanmar Hujung Mac

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PHNOM PENH: Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn, dijadual melawat Myanmar dari 20-23 Mac, selaku Utusan Khas ASEAN, dalam usaha untuk memulakan proses damai di negara yang dilanda konflik itu berikutan rampasan kuasa lebih setahun lalu, menurut jurucakap kementerian luar Kemboja hari ini.

Kemboja ialah pengerusi ASEAN ketika ini dan Menteri Luarnya, Prak Sokhonn, bulan lalu menggesa jeneral junta Myanmar supaya membenarkannya bertemu semua pihak berkepentingan di sana, termasuk kumpulan yang menentang rampasan kuasa tahun lalu.

Jurucakap kementerian luar Kemboja, Chum Sounry, berkata perincian lawatan Prak Sokhonn masih diatur.

Beliau enggan memberikan butiran mengenai pihak di Myanmar yang akan ditemui, tetapi usaha sebelum ini untuk bertemu pemimpin Myanmar yang digulingkan Aung San Suu Kyi, yang ditahan dan dibicarakan, ternyata tidak membuahkan hasil.

Jurucakap tentera Myanmar tidak menjawab permintaan untuk mengulas laporan terbabit.

Pihak junta tahun lalu bersetuju dengan rancangan lima perkara ASEAN untuk menamatkan pergolakan di Myanmar, termasuk menghentikan permusuhan, membenarkan akses bantuan kemanusiaan dan menyokong proses damai inklusif.

Beberapa anggota ASEAN kecewa dengan kegagalan tentera untuk mematuhi rancangan berkenaan dengan pertubuhan serantau terbabit, menghalang jeneral junta daripada menghadiri mesyuarat serantau sehingga ia menunjukkan kemajuan.

Lebih 300,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat konflik selepas rampasan kuasa di Myanmar, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (PBB) dengan beribu-ribu orang awam ditangkap serta ramai yang dipukul, diseksa dan dibunuh, kata kumpulan hak asasi manusia.

Pemerintah tentera Isnin lalu menuduh media Barat membuat liputan berat sebelah mengenai peristiwa di Myanmar dan berkata, ia berusaha untuk melindungi rakyatnya daripada ‘pengganas’, dan telah membebaskan lebih 48,000 penunjuk perasaan yang ditahan.

BHonline-

Tags: ASEANMyanmarPBB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

18/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh kerjasama menangani...

Pelarian Tak Tandatangan Persetujuan Tak Dihantar Pulang Ke Myanmar – PMX Anwar

Pelarian Tak Tandatangan Persetujuan Tak Dihantar Pulang Ke Myanmar – PMX Anwar

06/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan hanya menghantar pulang pelarian yang bersetuju secara sukarela dan telah menandatangani dokumen persetujuan untuk kembali ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd