• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Unjuran KDNK 2022 Boleh Dicapai Susulan Pembukaan Semula Sempadan

oleh Mohd Arshad
27/03/2022
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun ini berikutan pembukaan semula sempadan negara minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata, perkembangan terbaharu ini akan memberi kesan yang sangat positif kepada ekonomi terutamanya sektor perkhidmatan.

Katanya,pembukaan sempadan amat dinantikan oleh seluruh rakyat dan komuniti perniagaan termasuk pengusaha industri kecil dan sederhana.

“Kita lebih yakin untuk mencapai unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar 5.5-6.5 peratus,” katanya.

Beliau ditemui ketika melawat Malaysia Healthcare Expo 2022 di sini, anjuran Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC) selama empat hari yang berakhir hari ini.

Menurut Mustapa, Johor bakal menerima impak ekonomi yang besar memandangkan aktiviti rentas sempadan darat Malaysia dan Singapura kembali rancak.

Pada awal bulan ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan pembukaan semula sempadan mulai 1 April.

Sementara itu, Mustapa yang juga pengerusi bersama MHTC menjangka pelancong kesihatan dari Indonesia akan mencapai jumlah yang sama direkodkan sebelum pandemik Covid-19 menjelang 2025.

Pada 2019, lebih 675,000 rakyat Indonesia mendapatkan rawatan perubatan di Malaysia dan hanya seramai 635 orang untuk tempoh 2020 hingga 2021.

Dengan pembukaan sempadan, katanya beliau berharap kedatangan mereka akan beransur-ansur naik dan seterusnya meningkatkan kembali industri pelancongan kesihatan negara.

“Malaysia menjanjikan penjagaan kesihatan yang selamat untuk pelancong perubatan Indonesia,” katanya.

Empat wakil pelancongan negeri dan 10 hospital ahli MHTC mempamerkan tawaran penjagaan kesihatan yang terbaik antaranya dalam bidang kesuburan, kardiologi, onkologi dan Hepatitis C.

Mustapa diiringi Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Indonesia (Chargé d’affaires), Adlan Mohd Shaffieq; Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Mohd Daud Mohd Arif; Pengarah Pemasaran Indonesia MHTC, Farah Delah Suhaimi dan Pengarah Tourism Malaysia Jakarta, Junus Suhid.

-Sinar Harian

Tags: Unjuran KDNK 2022
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Denda Kesalahan Hutan RM5 Juta Dan Penjara 20 Tahun

Next Post

Syed Saddiq Politikkan Projek Maharani Energy Gateway

Related Posts

No Content Available
Next Post

Syed Saddiq Politikkan Projek Maharani Energy Gateway

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd