• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Yakin Kabinet Setuju Cadangan Bubar Parlimen

oleh Mohd Arshad
19/03/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: UMNO yakin Kabinet akan bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keputusan harus dibuat Kabinet supaya Perdana Menteri dapat membawa cadangan itu untuk dipersembahkan untuk memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata, kepemimpinan parti tidak menekan Perdana Menteri dalam perkara itu, sebaliknya menghormati keputusan yang akan dibuat oleh Kabinet.

“Bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kami menghargai bahawa soal memahami peraturan yang ada terutama dalam Perlembagaan dan keputusan yang harus diambil dalam Kabinet, yang mana keputusan Kabinet itu akan dibawa Perdana Menteri untuk dipersembahkan kepada Tuanku (Yang di-Pertuan Agong).

“Maka, dengan kebijaksanaan diambil oleh Perdana Menteri, saya tidak nampak ada permasalahan besar jika secara konsesus kita berpendapat, Kabinet dapat mengambil ketetapan seperti yang akan disampaikan oleh Perdana Menteri apabila beliau mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

“Soal jeda waktu atau tempoh masa, kita berasakan bahawa MoU (memorandum persefahaman) yang sudah ditandatangani antara kerajaan dan parti pembangkang, yang menetapkan tarikh akhir pada bulan Julai, maka pilihan raya sama ada mahu diadakan (PRU-15) sebelum dari tarikh itu atau selepas tarikh itu.

“Tetapi, biar pun MoU itu dihormati, tentunya beberapa pertimbangan politik atau suasana politik itu akan menjadi asas kepada Perdana Menteri untuk mengumumkan, budi bicara serta kebijaksanaan untuk menentukan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau bersama lima pemimpin tertinggi parti kerap mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkara berbangkit bukan saja membabitkan isu parti dan politik, malah soal kepentingan rakyat serta negara.

Katanya, konsep musyawarah sentiasa menjadi pegangan ahli parti sebagai pendekatan menyelesaikan dan membincangkan isu berbangkit.

“Sukacita saya umumkan bahawa kekerapan atau frekuensi untuk kami berlima bertemu ini tidak kurang dari sebulan setengah bagi tiap-tiap pertemuan. Jika ada isu membabitkan parti dan isu soal rakyat…kami berjumpa dengan lebih kerap daripada itu.

“Bagaimana dinyatakan Timbalan Presiden, optik dan naratifnya tidak ditunjukkan kepada umum. Kita dalaman. Namun, kita merasakan keakraban dan kebersamaan ketiga-tiga pemimpin utama dalam UMNO ini bukan saja memperoleh sokongan daripada Ahli Majlis Tertinggi, malah merasakan konsep musyawarah, konsep kesepakatan secara syura,” katanya.

BHonline-

Tags: kabinetPRU-15UMNO
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Tampil 70 Peratus Muka Baharu Pada PRU-15

Next Post

Ubat Pertama Cegah COVID-19, Evusheld, Dapat Kelulusan Di UK

Related Posts

Cadangan Kerja Dari Rumah, PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Dibawa Ke Kabinet

Cadangan Kerja Dari Rumah, PdPR Ketika Sidang Kemuncak ASEAN Dibawa Ke Kabinet

17/04/2025
0

SEPANG: Cadangan kerja dari rumah dan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika Sidang Kemuncak ASEAN pada Mei dan...

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

Terima Nasihat Presiden UMNO Dengan Hati Terbuka – Tengku Zafrul

13/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan...

Next Post

Ubat Pertama Cegah COVID-19, Evusheld, Dapat Kelulusan Di UK

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd