• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh: Laluan Ke Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir Ditutup Sementara

oleh AK-47
04/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU: Laluan ke Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) ditutup sementara bagi proses pembersihan dan baik pulih jalan susulan kejadian tanah runtuh di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan sebelum ini menyebabkan beberapa laluan rosak dan runtuh.

“Susulan itu laluan sejauh dua kilometer itu dijangka akan ditutup dalam tempoh antara satu hingga dua minggu bermula Rabu lalu.

“Kita letakkan seorang pegawai dan empat anggota untuk mengawal dan tugas ini akan dilaksanakan 24 jam setiap hari bagi memastikan keselamatan dan kerja pembersihan serta baik pulih jalan dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Adli berkata langkah yang dilakukan itu bagi mengawal keselamatan supaya orang ramai tidak memasuki ke zon tanah runtuh bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Selain itu ia juga bagi memastikan keselamatan petugas-petugas yang memasuki kawasan pembersihan berkenaan.

Sebelum ini TNB memaklumkan, operasi SJSM ditutup sementara bermula Ahad lalu berikutan menara penghantaran voltan tinggi yang menyalurkan bekalan elektrik dari stesen itu kepada grid nasional, tumbang akibat tanah runtuh.

Hujan lebat luar biasa yang berterusan sejak Jumaat lalu mengakibatkan tanah runtuh yang turut memutuskan akses jalan keluar masuk SJSM pada jam 4 pagi hari sama.

Awani-

Tags: KenyirStesen Janaelektrik Sultan Mahmudtanah runtuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Pejabat MetMalaysia Ditutup Sejak Pagi Kerana Gangguan Teknikal

Next Post

Utusan Khas ASEAN Dijadual Lawat Myanmar Hujung Mac

Related Posts

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

15/10/2024
0

AMPANG JAYA: Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Taman Melawati, di sini, telah menyebabkan beberapa kawasan kediaman di Jalan...

Sebabkan Kematian Danial, Nasib Wei Liang Diketahui Khamis Ini

Lebih 60 Maut Tanah Runtuh Di Tanzania

05/12/2023
0

DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 68 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Tanzania, berikutan hujan lebat sejak Sabtu, lapor...

Next Post

Utusan Khas ASEAN Dijadual Lawat Myanmar Hujung Mac

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd