Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Dr Mahathir Akan Dipanggil...

BUTTERWORTH - Polis akan memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad untuk merekodkan keterangan berhubung...

MIC: Najib Akan Panggil...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil Presiden...

Rafidah Cuba Cetus Tsunami...

UNDI calon untuk pastikan kerajaan sedia ada ditukar. Itu inti ucapan bekas Menteri Perdagangan...

Lionel Messi Perbaharui Rekod...

MADRID - Lionel Messi memperbaharui rekod jaringan Telmo Zarra selama 59 tahun sebagai...

Tak Wajib Pakai Pelitup Muka Di Singapura, Mulai 29 Mac Depan

SINGAPURA: Bermula 29 Mac depan, Perdana Menteri Singapura mengumumkan orang ramai tidak diwajibkan lagi memakai pelitup muka ketika berada di luar bangunan kerana risiko jangkitan adalah jauh lebih rendah.

Lapor berita.mediacorp, Lee Hsien Loong berkata, pemakaian tersebut bagaimanapun masih diwajibkan ketika berada di dalam bangunan.

Jelas beliau, negara itu juga akan menggandakan saiz kumpulan perhimpunan sosial dari lima kepada 10 orang.

Pengumuman itu sebahagian daripada tindakan Singapura menjalani kehidupan dengan Covid-19.


Perubahan lain kepada langkah pengurusan selamat termasuk membenarkan sehingga 75 peratus pekerja yang boleh bekerja dari rumah untuk kembali ke pejabat dan menaikkan had kapasiti bagi acara-acara lebih besar dengan lebih 1,000 tetamu atau 75 peratus kapasiti.

Keperluan jarak selamat satu meter dikekalkan antara kumpulan bagi mengurangkan penularan jangkitan ketika pelitup muka tidak dipakai.

UtusanOnline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori