Sample Page Title

Bagi memahami isu projek mega Maharani Energy Gateway yang dikecohkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mudah sahaja.

Kita lihat kepada projek-projek mega di Malaysia sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dihentam dan dikecam kuat oleh pembangkang.

Misalnya Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) yang dituduh sebagai pembaziran, tetapi selepas pembangkang menjadi kerajaan mereka memuji projek tersebut.

Begitu juga projek Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) yang dipropagandakan pembangkang bertujuan menjual Malaysia kepada China.

Ahli Parlimen pembangkang Kuantan, Fuziah Salleh selepas menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan MCKIP bukan “Tembok Besar China”.

Pemimpin DAP, Nga Kor Ming turut mengakui projek itu amat bagus dan bukan projek gadai negara seperti pernah dikempenkan mereka semasa PRU-14.

Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang pernah mereka kecam teruk juga dijanjikan akan diteruskan oleh Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Md. Yasin dalam kempen PRN Johor.

Projek Lynas yang didakwa akan menyebabkan rakyat Malaysia diancam radiasi diteruskan pembangkang selepas menjadi kerajaan.

Sebenarnya panjang lagi senarai projek mega untuk kemajuan negara dibantah, ditolak dan dikutuk oleh pembangkang pada 2018.

Tujuannya untuk menimbulkan benci rakyat. Mereka tahu projek seperti itu pada akhirnya akan memberi merit kepada jasa BN.


Ia kerana projek mega akan memesatkan ekonomi setempat sekali gus mengundang rasa seronok rakyat kepada kerajaan.

Maharani Energy Gateway melibatkan empat plot yang keseluruhannya berkeluasan 1,311 hektar dengan EIA telah dibuat secara berasingan untuk setiap cadangan plot berkenaan.

Ia melibatkan pembinaan hab tenaga lestari serantau dan pelabuhan laut dalam, dengan konsep pembangunan yang berasaskan perindustrian terdiri daripada pelbagai aktiviti maritim.

Ini termasuklah penyetoran minyak dan gas serta perdagangan bunker, industri petrokimia, operasi kapal-ke-kapal, loji janakuasa, baik pulih perkapalan dan perkhidmatan logistik marin.

Kesimpulannya projek Maharani Energy Gateway merupakan satu pelaburan sangat tinggi yang akan mengubah wajah Muar dan menyediakan banyak peluang pekerjaan baharu.

Dan seperti biasa sifat pembangkang Syed Saddiq Assalamualaikum, Da Jia Hao, Eppadi Irukinge Vanakam sekadar cuba mempolitikkan projek itu.

Jalan ceritanya sama sahaja iaitu soal segelintir penduduk, pampasan, alam sekitar tanpa mempedulikan natijah ekonomi yang bakal melimpah ruah kepada rakyat Muar.

-Mynewshub

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Gaduh Di Kawasan Hiburan TREC KL, Polis Tahan 3 Lelaki

KUALA LUMPUR: Polis menahan tiga lelaki tempatan selepas disyaki terbabit dalam kes pergaduhan hingga...

23 Maut Bot Karam Di Bangladesh – Polis

DHAKA: Sekurang-kurangnya 23 orang terbunuh dan puluhan lagi hilang selepas sebuah bot dinaiki karam...

5 Lagi PPS Dibuka Di Johor, Mangsa Banjir Meningkat

JOHOR BAHRU: Lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor, menjadikan keseluruhannya enam...

Rampasan Kuasa Di China?

BEIJING - Media sosial di China kecoh dengan khabar angin tentang kemungkinan rampasan kuasa...

Hampir 200 Paus Mati Di Pantai Australia

CANBERRA – Hampir 200 paus mati selepas terdampar dan dilanda ombak di pantai barat...

Belasah Adik Kerana Sindiran

Ampang Jaya : Tidak berpuas hati disindir adiknya, seorang lelaki tergamak menumbuk muka adiknya...

Hidung Berdarah, Ronaldo Resahkan Penyokong Portugal

LONDON : Cristiano Ronaldo meresahkan penyokong Portugal buat seketika apabila mengalami pendarahan di hidung...