Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Juara Dunia Williams Semakin...

JOHOR BAHRU - Pelayar Britain, Ian Williams daripada pasukan GAC Pindar semakin hampir...

Polis Berjaya Tumpaskan ‘Geng...

JERANTUT - Polis menumpaskan kumpulan curi motosikal yang dikenali sebagai Geng Sapak hasil...

Wujudkan Akta Memartabatkan Bahasa...

KUALA LUMPUR - Ketua Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Datuk Abdul Latiff Bakar berkata...

PAN `Tekan’ Mahathir Umum...

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) terus memberi tekanan kepada Pengerusi Pakatan...

Sultan Johor Berkenan Mengurniakan DMIJ Kepada Empat Individu

Johor Bahru : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu.

Baginda mengurniakan DMIJ yang membawa gelaran Dato’ kepada Pengarah Tanah dan Galian Johor, Ashari Kasnan, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), On Jabbar @ Ja’afar; dan Pegawai Daerah Muar, Mustaffa Kamal Shamsudin.

Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Suhailizan Suliman juga dikurniakan DMIJ yang membawa gelaran Datin Paduka.

Majlis pengurniaan darjah bersempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tuanku Sultan berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, di sini, hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.


Turut berangkat Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ibrahim.

Sultan Johor turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada empat individu.

Penerima SIJ ialah Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan, Dickson Dollah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kluang, Norliyati Md Noor, Setiausaha Bahagian ICT@Johor, YM Ungku Suzana Ungku Mohammad dan Timbalan Pengarah Pendidikan Agama, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Yosree Ikhsan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori