• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Solat Sunat Tarawih, Bazar Ramadan Dibenarkan Di Pulau Pinang

oleh Mohd Arshad
05/03/2022
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

George Town : Prosedur operasi standard (SOP) bagi menunaikan solat di masjid dan surau di Pulau Pinang ketika ini, akan turut diguna pakai untuk pelaksanaan solat sunat tarawih pada bulan Ramadan nanti.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, pihaknya turut membenarkan pelaksanaan solat sunat tarawih secara berjemaah dengan bilangan lapan atau 20 rakaat pada Ramadan tahun ini.

“Tak ada SOP khusus, sama sahaja. Sama ada solat sunat tarawih atau tidak, SOP sama. Namun keputusan untuk melaksanakan lapan atau 20 rakaat solat sunat itu, ia bergantung kepada pihak pengurusan masjid dan kapasiti ruang di masjid atau surau terbabit.

“Kita serahkan kepada pengurusan masjid untuk tentukan, kalau keadaan di masjid atau surau pengurusan dapat mengawal jemaah dan ikut SOP, mereka boleh laksanakan 20 rakaat, tapi jika keadaan masjid sempit atau sukar untuk kawal jemaah yang ramai, pengurusan masjid kena ambil tindakan,” katanya ketika ditemui di Taman Bandaraya di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita Sedunia 2022 peringkat Pulau Pinang, di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang Chong Eng.

Semalam media melaporkan umat Islam di negara ini berkemungkinan digalakkan menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah lapan rakaat, berbanding 20 rakaat.

SOP itu dibayangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), ekoran kekhuatiran penularan varian Omicron membabitkan jemaah ketika ini.

Bagaimanapun menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, perkara itu masih lagi tertakluk ketetapan diputuskan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu bagi aktiviti moreh, Ahmad Zakiyudin berkata pengurusan masjid atau surau digalakkan untuk membungkus makanan tersebut, dengan memberikannya kepada jemaah, berbanding mengadakan majlis di kawasan masjid.

Katanya, selain itu, majlis berbuka puasa di kawasan masjid atau surau pula sekiranya diadakan, ia perlu mematuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dari segi jumlah kehadiran jemaah ke majlis itu.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai penganjuran bazar Ramadan di Pulau Pinang, beliau berkata, ia dibenarkan dengan mengikut SOP sedia ada yang telah ditetapkan untuk penjaja di negeri Pulau Pinang.

“Bazar Ramadan di negeri ini dibenarkan dengan SOP yang ada sekarang ini membabitkan penjaja,” katanya.

-Harian Metro

Tags: bazar ramadanPulau PinangSolat Sunat Tarawih
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Jamuan Raya Tokong: ‘Jawab Saja Dengan Tegas Tak Boleh’ – Ridhuan Tee

Jamuan Raya Tokong: ‘Jawab Saja Dengan Tegas Tak Boleh’ – Ridhuan Tee

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil mengkritik polemik penganjuran jamuan Hari Raya Aidilfitri oleh sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd