• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shanghai Mula ‘Kurung’ Penduduk Esok

oleh Mohd Arshad
31/03/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHANGHAI: Penduduk Shanghai bergegas untuk membeli barangan runcit hari ini sebagai persediaan untuk menjalani perintah berkurung berkuatkuasa esok bagi menyekat penularan wabak COVID-19 dari terus merebak.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Hab kewangan China, yang mempunyai 26 juta penduduk, akan menjalani penutupan dua peringkat selamat empat hari.

Pihak berkuasa juga membahagikan bandar itu dengan Sungai Huangpu sebagai sempadan iaitu di barat sungai dari wilayah kewangan dan perindustrian timur Pudong.

Pengangkutan awam di kawasan barat sungai itu akan ditutup dan penduduk terkurung dalam rumah mereka mulai jam 3 pagi esok (waktu tempatan).

Di tengah Shanghai, penjual sayur dan penjual daging sibuk menjaja barangan mereka dari sebalik penghadang dan di kaki lima, malah restoran juga menawarkan stok mereka dengan diskaun besar, bagi mengurangkan kerugian.

Sekatan dua peringkat di bandar itu akan bermula di daerah timur pada Isnin ini dan dijangka ditarik balik pada jam 5 pagi pada hari Jumaat waktu tempatan.

Bagaimanapun, sesetengah penduduk memberitahu Reuters bahawa mereka bersedia dikurung lebih lama, terutama apabila jumlah kes baharu COVID-19 terus meningkat.

Timbalan Setiausaha Agung Shanghai, Ma Chunlei, dalam sidang akhbar hari ini berkata, pegawainya akan melihat keputusan ujian dan berunding dengan pakar untuk menentukan bagaimana penarikan balik peringkat pertama penutupan akan dilakukan.

Pihak berkuasa Shanghai hari ini berkata, beban kes COVID-19 harian di bandar itu berkurangan buat kali pertama dalam tempoh kira-kira dua minggu.

Sejumlah 5,298 kes baharu tanpa gejala tempatan dan 355 kes bergejala dilaporkan semalam, berbanding 5,656 kes tanpa gejala dan 326 kes baharu dengan gejala dilaporkan sehari sebelumnya.

Shanghai menyumbang hampir 80 peratus daripada kes tempatan tanpa gejala yang dilaporkan di seluruh China semalam selain mencatatkan kira-kira 20 peratus daripada kes bergejala di seluruh China.

BHonline-

Tags: Covid-19Perintah BerkurungShanghai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

Covid-19 : Subvarian JN.1 Tidak Bahaya

12/06/2025
0

Putrajaya: Masyarakat tidak perlu bimbang dengan penularan subvarian baharu Covid-19, JN.1, kerana ia tidak berbahaya berbanding varian pada awal kemunculan...

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

Perancis Kesan Varian Covid-19 Terbaharu Buat Kali Pertama

24/05/2025
0

ISTANBUL - Perancis mengesan empat kes melibatkan varian baharu Covid-19 dikenali sebagai NB.1.8.1 buat kali pertama, lapor Anadolu Ajansi. Empat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd